Saya mengajar di Universiti Teknologi MARA Kampus Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu. Saya ingat lagi. Dari 10 Jun 2012 hingga 31 Oktober 2012.
Di sini, saya ada banyak kenangan manis. Tapi, banyak lagi kenangan pahit.
Alah.
Buat apa ingat yang PAHIT tu. Banyak yang manis. Jadi, ingat yang manis-manis belaka. Asal tak kena penyakit kencing manis sudahlah.
Di sini saya ajar subjek Office Simulation, Introduction to Business, dan Document Processing 1.
Saya suka ajar subjek Document Processing 1. Tak bermaksud, subjek lain saya tak suka. Saya suka subjek ni, sebab pelajar saya masih "fresh".
Rajin. Semangat. Nakal. Comel. Kelakar.
Lagi, saya suka kelas ni. Ini kelas menaip. Jadi pelajar banyak buat latihan sendiri dengan komputer. Saya ajar student saya menaip tanpa melihat skrin komputer dan keyboard! Saya suka subjek ni, sebab saya ajar kemahiran yang akan mereka guna sepanjang hayat mereka. InsyaALLAH.
Saya ingat lagi. Saya jalan dari depan ke belakang, patah balik dari belakang ke depan. Jalan-jalan sambil jeling student. Lepas tu, saya marah student tengok skrin dan keyboard. Alah. Marah-marah sayang. (Alahai, mata ni berair pulak. Lap-lap. Saya sayang awak semua. Saya rindu awak semua. Lap-lap lagi... Empangan air dalam mata ni dah pecah. Banjir la pulak...)
Saya harap adik-adik saya ni akan ingat saya. SENTIASA. Macam saya ingat mereka. Saya harap adik-adik saya ni akan ingat nama saya. Walau kadang-kadang, saya lupa nama mereka. Ramai. Maafkan saya kalau saya lupa.
Saya nak ingat nama SEMUA students saya. Saya ingat lagi, saya minta mereka semua buat signboard nama mereka dan letak atas meja. Bukan nak susahkan mereka. Saya tak nak panggil awak semua setakat panggilan "awak" "you".
Saya nak awak rasa SPECIAL. Saya ingat nama awak. Pensyarah awak ingat nama awak. Best kan perasaan tu?
Lepas mengajar di Kuala Terengganu. Saya berpindah. Jauh. Bawa diri. Lari.
Tapi awak semua selalu saya ingat. Sanggup ke Terengganu semata-mata nak berbuka puasa bersama-sama. (Rindulah)
** Entah diaorang baca tak blog ni.
Tak apa. Blog ini untuk saya. Ingatan saya di hari tua. Saya tak harap sapa-sapa baca.
:') Rindu... :')
1 comment:
What?? ada teknik menaip tanpa pandang skrin? kalau tak pandang keyboard tu saya reti lah tapi sampai tak pandang skrin tu mmg susah nak buat tu... wahhh caya lah... nanti saya cuba bagi komen tanpa pandang skrin yer
Post a Comment