~ Klik Sini ! Klik Sini ! ~

Saturday, May 28, 2011

~ cara-cara nak tukar pinjaman PTPTN ke Biasiswa ~

baca selanjutnya  entri baru

dan PTPTN balas surat kat sini

entri lain pasal PTPTN klik kat sini

cara nak cari sijil MQA sini



Korang tahu pasal pinjaman PTPTN tu boleh tukar kepada biasiswa?


dulu aku ingat bila dapat first class je PTPTN automatik hantar surat kat kita cakap kita punya pinjaman tu
dah jadi biasiswa.. tapi bukan rupanya.. banyak jugak prosedur untuk dapatkan biasiswa.. tu la orang cakap baik pinjam ngan MARA jer.. lagi mudah... (:



since aku baru je buat prosedur prosedur atau cara-cara yang PTPTN nak untuk jadikan pinjaman aku ni kepada biasiswa... hari ni,  nak ajar korang cara-cara nak tukar pembiayaan PTPTN kepada biasiswa... korang perlu ada lima perkara.


1. surat rasmi

surat rasmi ni, korang tulis la tajuk dia permohonan penukaran pembiayaan PTPTN kepada biasiswa.  isi perut surat tu, korang letak la nama penuh korang NO. KP korang. korang belajar ape dulu. dan grad tahun bila.. jangan lupa untuk tandatangan surat tu k...



2.  akuan pelajar

no dua yang korang patut ada adalah akuan pelajar. borang akuan ni boleh korang download kat website PTPTN.. pas tu korang print dan isi maklumat yang diperlukan... akuan ini menyatakan yang korang ni betul-betul ambik kos korang dan tidak memalsukan mana-mana dokumen kalau tidak korang akan didakwa.. ~



3. sesalinan sijil perkuan akredetasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia MQA..

yang no tiga ni, dokumen yang menyatakan kos yang korang ambik tu diiktiraf oleh MQA.. contohnya, kos aku, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian) dapat pengiktirafan oleh MQA..
yang ni korang boleh search je kat website MQA ataupun korang google je korang punya kos korang tu + ngan MQA.. mesti ada punya.. kalau tak ada tu, mesti tak diiktiraf la ~



4. Sesalinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPTA/IPTS berkaitan;

ok, untuk pelajar UiTM korang ambik yang ijazah korang yang korang dapat masa konvo tu. korang pegi potostat dan korang kena sahkan kat Bahagian Akademik kat bangunan Canselori yang depan pintu utama UiTM yang atas bukit tu.. Pejabat dia sekali dengan Pejabat ProCanselor bahagian akademik Bersebelahan dengan ProCanselor bahagian aktiviti dan pelajar, Tingkat Empat k...  Korang g sana cakap nak wat pengesahan tuk PTPTN.. konfem diaorang tahu punya..




5. Sesalinan traskrip keputusan peperiksaan yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPTA/IPTS berkaitan;

ha, yang ni pun sama jugak. korang ambik yang ada tulis Gred dan subjek-subjek yang korang dah belajar tu dan yang ada GPA dan CGPA korang tu.. Potostat dan bawak sekali masa korang nak mintak pengesahan yang No. 4 tu k....




Bila korang dah ada ke lima-lima benda alah ni.. korang kepitkan sekali.. Cek lagi sekali betul tak korang punya dokumen dah cukup.. Korang pergi la PEJABAT POS yang kat Menara SAAS tu terus. x payah korang nak pergi pejabat pos tempat lain.. dalam uitm pun ada...

Untuk alamat PTPTN yang menguruskan pertukaran pinjaman PTPTN kepada biasiswa adalah seperti di dalam gambar.  Sila klik gambar untuk lihat lebih jelas..



update: ni alamatnya:
alamat puan PTPTN yang baik hati membantu proses menjadikan pinjaman PTPTN kepada biasiswa

Puan Noorzila Mohd Yaacob
Bahagian Penguatkuasaan Dan Kutipan Balik
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot 62, Tingkat Bawah
Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan
Damansara Heights

50490 Kuala Lumpur

(SILA COPY PASTE dalam surat korang.. )

dah siap tu... tampal setem 90sen.. murah je.. tak sampai seringgit pun.. dah tampal tu, korang pergi la sebelah kanan pejabat pos tu ada dinding yang berlubang tu masuk kan sampul korang kat situ k.. dengan lafaz basmalah.. semoga selamat sampai sampul ku....



Harap permohonan aku tu diterima dan diluluskan... Amin...


cikfia: walaupun pinjaman tu sikit. kalau jadi biasiswa kurang beban aku.. ~


posted from Bloggeroid

85 comments:

wanie said...

ada syarat pointer kena berapa jugak ke ni nak apply tukar jadi biasiswa ?
utk degree ja ehh ? dip tak boleh ?
hehehe :DD

Cik Fia said...

kena dapat 1st class
untuk degree sja.. dip x boleh..


^_^

AZLIN said...

kalo diploma ley tukar dari pinjaman ke biasiswa jugak tak?

Cik Fia said...

Rasanya x boleh lyn.. degree saje..

Aleeyaah Darn said...

wah!
maka dgn itu. ak kne bsungguh utk dptkn 1st class degree n tuka jdi biasiswa.
tenkiu 4 info. like~

Aizat said...

Salam... saya suka bahagian "~ cara-cara nak tukar pinjaman PTPTN ke Biasiswa ~ " di blog anda....

Tahniah!!!!

Tumpang tanya....

1. Kepada siapa, bahagian dan alamat PTPTN tu???

2. Dalam surat rasmi tu nak tulis apa yer??? (sejak dh dok lama kat universiti, dh lupa isi surat rasmi permohonan ni... huhu~)

3. MQA tu cuma untuk IPTA/Swasta jer ke...kalo IPTA kena antar jugak ke???

4. Berapa lama PTPTN mengambil masa utk process penukaran pinjaman ni kepada biasiswa ini???

5. PTPTN akan hantar "feedback" ke lepas kita antar semua dokumen tu???

Terima Kasih!!!!! Minta maaf, sebab saya tanya banyak soalan....

Aizat said...

Salam....
Tahniah!!! nice Blog!!!

Tumpang tanya....

1. Alamat Penerima dan siapa penerima bahagian PTPTN tu??? (x tahu alamat penerima..huhu...)

2. Apakah isi2 penting surat rasmi tu??? nak tulis apa sebenarnya???

3. MQA untuk IPTS/Swasta je ke??? kalo IPTA "mesti" dikepilkan sekali ke???

4. Berapa lama masa yg diambil oleh PTPTN untuk memproses dokumen2 ini???

5. PTPTN akan hantar "Feedback" or telefon kita balik ke lepas diorang terima surat/dokumen ni???

Maaf kalo mengganggu... terima kasih!!!!

Cik Fia said...

korang tengok sini k...


http://warnakasehkita.blogspot.com/2011/06/cara-cara-nak-tukar-pinjaman-ptptn-ke.html

wannorhisyam said...

Hi,Kalau First Class, kiranye cgpa kena 3.7 ke atas la?

Safiah Ibrahim said...

hi... 3.5>

:)

wannorhisyam said...

oh ye? wahhh... tenkiu2! mati2 ingat kan 3.7 .. =)

cheese cake said...

sy xdpt first class tp kalau nk try apply leh ke?

Safiah Ibrahim said...

boleh kot~

mzzenma said...

oooh neyh boley apply pas convo ek?sy br abes blaja...:-)

Safiah Ibrahim said...

lepas konvo apply. sebab PTPTN nak salinan first class degree yg kita dapat masa konvo.


tempoh untuk apply adalah setahun dari tarikh kita konvo..



^_^

mzzenma said...

baek..tenkiu :-)

FYA PELANG! said...

terbaik !

prince aeril said...

kalau dip je nak try apply boleh x?

Safiah Ibrahim said...

kalo nak try boleh je kot.. ~

:)

Lady D'yot said...

dah apply..tapi tak dapat..sebab convo tahun 2009..benda ni start tahun 2010..huhuu

Lady D'yot said...

u grad tahun bape? kita sama kos la..;)

Safiah Ibrahim said...

grad tahun 2010.. Dis..

sama eyh.. dulu kat mana..

Damienicha said...

nk tnye, kalau pinjam hanya separuh dan bhnti untuk penaja lain, boleh juga jdikan biasiswa? harap blas kt blog yek..

Anonymous said...

salam.

sy pun kls prtme n sme kos ngn awk. sy nk tnye pengesahan untk skroll n trnskrip tu kena dr uitm shh alam je ke? coz sy dlu uitm perak..

Safiah Ibrahim said...

salam

tak pe je dari uitm perak pun



:)

Aizat said...

Rasanya pengesahan tu ambil dr UiTM Shah Alam. UiTM lain tu cam x pasti jer.... Kawan saya pernah ambil cop dan tandatangan kat UiTM cawangan, tapi kena reject, PTPTN suruh dia ambik dr UiTM Shah Alam.

Saya kirim kat kawan yg tinggal kat Shah Alam tu, minta dia tolong gi ambik cop dan tandatangan. By the way, rakan2 saya lain yang tinggal jauh pon kirim kat dia jugak untuk minta pengesahan itu. Alhamdulillah, skung kitaorang dh dapat tukar pinjaman jadi biasiswa.

(P/S: tak sure kalo boleh ambik pengesahan dr UiTM cawangan, cuba telefon tanya diorang.... sekadar berkongsi~)

Safiah Ibrahim said...

tq Aizat..


To anonymous: Sila dapatkan kepastian dari pihak PTPTN.. :)

Anonymous said...

thank you so much for this info...

amellina said...

kalau dpt 3.48 bleh ke x ek dpt...? huu

orked_dja said...

salam.wah tertarik dengan blog pasal entry ptptn ni. nak tanya fest degrree honor mksdnya berapa? 3.5 ebove or 3.7 above?

Safiah Ibrahim said...

Tak silap 3.5 above

NorshazmieraFazlyna said...

nak tumpang bertanya. kalau degree uitm, ptptn bagi berapa ye?

NorshazmieraFazlyna said...

Hmm, nak tanya. Utk degree uitm, ptptn bagi berapa ya? saya dengar dalam 6000 sahaja satu semester. betul ke?

Safiah Ibrahim said...

Tak silap 2.5k satu sem.. Yuran sem tak sampai 1k.. :)

Anonymous said...

pape pn..tengs pada blogger atas info yg bnar2 bermanfaat nie..agak2 sape yg dapat frst class degree tp x wat permohonan nie mesti rugi kan?:D

Safiah Ibrahim said...

Rugi sangat kalau sapa yang dapat ijazah kelas pertama tak buat permohonan biasiswa ni..

FareezVanFillers said...

terbaek lah kak piah!

Anonymous said...

Cik Pia,
nk tny, kalo sy ad dua-dua pinjaman PTPTN (i mean diploma n degree), dia mansuhkan yg degree je ke or dua-dua skali dia mansuh..?? tq in advance...

shikin

Safiah Ibrahim said...

Hai shikin,

Degree sahaja.

Syarat2 PTPTN nak jadi biasiswa hanya untuk degree first class sahaja..

Anonymous said...

hye...nice entry...nak tanye cket...yg kite kena bagi transkrip smue tu..juz bagi transkrip mase ijazah je ye?tak payah bagi yang diploma skali..?maknenye biasiswa yg die tukarkan tu tuk pngajian ijazah je la..?maksudnye time diploma punye kite still kene byr la ye..?tq for the response..^.^

Safiah Ibrahim said...

Hai..
Thanks..

Ye, kita kena bagi transkrip masa ijazah sahaja. Tak perlu transkrip diploma..

Biasiswa ini untuk ijazah sahaja..

Ya, diploma punya masih kena bayar..

^_^

Anonymous said...

hehe..okey dear..thank u...ingt die support diploma punye jugk..hehe..oh ye..sng tak mintak cop kat canseleri tu..?saye grad oktober leps...ingt nak setelkn dokumen2 tu dlu...oh ye..awk mintk sks ye..?ade fb tak..?sng cket sye msg..^.^

Anonymous said...

tq yer..^.^

Safiah Ibrahim said...

Sama-sama..

Senang je, bila kita pergi diaorang akan terus bagi pada pegawai.. Pegawai terus sahkan dokumen tersebut..

Masa nak buat pengesahan dokumen, bawa juga yang dokumen asal..

Saya dah habis belajar, tak minta SKS dah.. (:

AL AZRUL said...

sya beruntung skit la, dpt loan MARA.. :)

BellaJane said...

untuk degree je rupanya...
diploma x boleh... baru ku tahu huhu..

Anonymous said...

admin,sy grad 1st clss+ANC dr UiTM dihatiku tercinta batch 2008.. dah ages ago. time ktrg x bley tukq jd loan. tp skang dok dgq ckp bley apply jd biasiswa. apa yg dmaklumkan oleh admin ianya 1 thun dr tarikh grad. soalan: adakah bleh apply lagi?~sincerely dr insan yg byk utang n tq very much

mimi said...

hi nak tny.. kalau sy pnjam ptptn tym diploma then ijazah sy tak ambil ptptn then nk tukar ptptn jd biasiswa utk diploma tp guna result msa ijazah blh tak?
tlg reply ya.. thanx:)

Safiah Ibrahim said...

Anonymous:

Saya tak tahu pasal perkara tu. Tapi, pada pendapat saya.

Sesiapa sahaja boleh cuba mohon pertukaran pinjaman kepada biasiswa. InsyaALLAH, kita tengok hasilnya

Safiah Ibrahim said...

Mimi;


Pada pendapat saya, tak boleh. Sebab result degree hanya guna untuk permohonan biasiswa degree sahaja


Tapi, untuk kepastian mimi boleh hubungi PTPTN..

Anonymous said...

salam...bole share surat rasmi penukaran ptptn ke biasiswa x.. nk buad contoh... attach to ys_ajep14@yahoo.com.. tqvm!!!

Safiah Ibrahim said...

Waalaikummussalam.

Awak boleh cuba buat sendiri. Cuma masukkan butiran yang saya ada bagitahu dalam blog ini.

dya saia said...

Thx so much for the info :)

Anonymous said...

Salam..
em,mcm x fair la kan..sy struggle nk dptkan first class,and my resut quite good..tp sy dpt tajaan JPA n at the same time ptptn pun dpt gak coz sy dh hntr surat nk stopkn ptptn tp diorang still bg..then,nk mintak pengecualian dh x blh..bkn ke dpt biasiswa tu mcm usaha kite..pttpn patut hargai..hhuhu.sekadar luahkan perasaan...

farid azfar said...

student uitm nk dpt first grade degree kene dpt cgpa 3.5 keatas or cgpa 3.75 ke atas???konpius la...

Safiah Ibrahim said...

Farid

Setakat yang saya tahu, UiTM first class is 3.5 and above

3.75 for postgrad students

Ziera Ieyah said...

utk IPTA pun kne jugak dr MQA tu ke??tp saya blaja kat UiTM n ade certain kos tak di iktiraf oleh MQA..camne tu ek??

Safiah Ibrahim said...

Ziera

Pada pendapat saya elok ziera sediakan je MQA tu. Yeke? Kos apa tu. Kalau macam tu, tak ada MQA boleh je Ziera cuba. Kalau ada apa-apa feedback, mesti PTPTN akan bagitahu Ziera.

asma' said...

salam.

terima kasih pada empunya blog, sbb tlg ajar cara2 apply penukaran ni.

Btw,saya ada soalan, boleh sy tahu..surat permohanan tu sendiri buat atau ada template khas?
harap dapat membantu :)

terima kasih byk, moga Allah permudahkan urusan awak.

asma' said...

salam.

terima kasih pada empunya blog, sbb tlg ajar cara2 apply penukaran ni.

Btw,saya ada soalan, boleh sy tahu..surat permohanan tu sendiri buat atau ada template khas?
harap dapat membantu :)

terima kasih byk, moga Allah permudahkan urusan awak.

Safiah Ibrahim said...

Salam..

surat permohonan tu tak ada template khas. Buat sendiri saja. Tulis je yang kita nak mohon penukaran pinjaman kepada biasiswa. Jangan lupa letak details kita dalam surat.

nuruashia said...

awak..nk tny..mcm mne nk check MQA tu??? boleh detailkn x cara nk isi or check kos diitiraf MQA or x??
hope dpt perhatian dr awk :)

Safiah Ibrahim said...

hai awak.

saya dah buat entri pasal ni khas untuk jawab soalan awak..

harap ini dapat membantu awak dan orang lain juga

ni link nye

http://warnakasehkita.blogspot.com/2012/11/cara-cara-nak-cari-perakuan-akreditasi.html

yayan said...

Salam..sy baru je baca blog awk ni..juz to know,permohonan awak dh lulus ke?..lg satu yg jd keraguan bg saya, dlu mmg ade budget mengatakan 1st class degree akn dpt pelepasan loan ptptn tp kena antar permohonan then baru2 ni kerajaan umumkan lg pelepasan ni..sy sangka diorg akan automatic declare loan tu as scholarship tanpa permohonan..td plak baru dengar kat berita ptptn minta seramai >3000 peminjam tampil untuk minta pelepasan...maybe sy salah seorg dr diorg tu,..jd nk tanya awk, mean sy kena buat semua tu la kan utk dpt pelepasan tu?

yayan said...

Salam..sy baru je baca blog awk ni..juz to know,permohonan awak dh lulus ke?..lg satu yg jd keraguan bg saya, dlu mmg ade budget mengatakan 1st class degree akn dpt pelepasan loan ptptn tp kena antar permohonan then baru2 ni kerajaan umumkan lg pelepasan ni..sy sangka diorg akan automatic declare loan tu as scholarship tanpa permohonan..td plak baru dengar kat berita ptptn minta seramai >3000 peminjam tampil untuk minta pelepasan...maybe sy salah seorg dr diorg tu,..jd nk tanya awk, mean sy kena buat semua tu la kan utk dpt pelepasan tu?

Safiah Ibrahim said...

yayan,

Permohonan pinjaman PTPTN saya untuk dijadikan biasiswa dah lulus. ada di link ini..

http://warnakasehkita.blogspot.com/2011/07/ptptn-balas-surat-permohonan-penukaran.html


untuk mendapatkan biasiswa PTPTN ni, memang awak kena buat semua langkah2 di atas tu. Biasiswa ni tak kan jadi automatik. Peminjam PTPTN memang kena mohon supaya pinjaman PTPTN tu tukar ke biasiswa.

harap penjelasan saya dapat membantu yayan..

(:

Anonymous said...

salam akk safiah, sy pelajar upsi,
sy confius ckit pasal ptptn tukar biasiswa nie. first class utk upsi 3.70 tp kan sy ada baca dekat blog lain diorang ckp ptptn tetapkan 3.75. utk tukar jadi biasiswa nie, tetap ikut pointer first class bg setiap u ea ? ke kena ikut syarat ptptn tu 3.75 ?

pa'ah ! said...

salam akk safiah, sy pelajar upsi, sy confius ckit pasal biasiswa nie.
syarat first class bg upsi 3.70 above tp sy ada baca kt blog len diorang ckp ptptn tetapkan 3.75 above. contohla kan sy dpt 3.70 nnti tp tetap first class bg upsi.. maknanya boleh tukar jadi biasiswa x akk ?

pa'ah ! said...

salam akk safiah, sy pelajar upsi, sy confius ckit pasal nih.. syarat first class upsi 3.70 above tp sy ada terbaca dekat satu blog nih dia ckp ptptn tetapkan 3.75 above. utk tukar ptptn jd biasiswa nih dia ikut syarat first class bg setiap u ea akk ? maknanya x kisah ea klu x dpt 3.75 pun ?

Safiah Ibrahim said...

Waalaikummussalam dik. Saya rasa kalau masa konvo awak dapat skrol dan ada tulis awak dapat first class

pa'ah ! said...

tiba2 mesej terhantar banyak pulak.. HAHA.. maseh akk :)

Safiah Ibrahim said...

Tak apa pa'ah. :)

Anonymous said...

saya ada kol PTPTN..dia cakap kalau sijil korang ada first class means u dah boleh mintak...setiap uni first class dia lain-lain...so, if u dah first class, u dah boleh mntak...mcm uitm 1st class 3.50 n above..so korang bole apply...thanks sbb info ni bnyak mmbantu...=)

Anonymous said...

thank you saffiyah, post ni banyak mambantu fresh grad macam kitorang untuk setel ptptn kitorg cepat2.

thanks again.

Safiah Ibrahim said...

Sama2.

Harap semua org dapat manfaat dr post ni.

:)

Safiah Ibrahim said...

Tq awak. :)

Anonymous said...

Saya nk tnya memang smua degree ad tls kls ke?
Sebab saya punya x da ad honours ja

Safiah Ibrahim said...

Untuk yang nak tukar dari pinjaman PTPTN ke BIASISWA.

memang kena ada di Ijazah yang kita dapat masa konvo tu:

Ijazah Sarjana Muda .........
Kelas Pertama

PTPTN memang nak ada perkataan Kelas Pertama tu..

cikgu masturah said...

nak tanya, awak apply ni time dah convo kan? tak sabar nak apply cz convo saya pada november 2013 ni. tq ^__^

Safiah Ibrahim said...

Cikgu..

Ya.. saya apply lepas konvo..

Cikgu mastura apply la ya.. Kena cepat.. Dah nak tutup applicationnya..

Good luck

rahmathost.com said...

thx sharingnya

masz said...

Akak, sy pun om uitm. Tp baru sem 5. Kira junior akak. Hehe nak tanya, 1st class dgree OSM 3.50 kan kak? Bkn 3.70?

Safiah Ibrahim said...

Ya.. setahu kak 3.5 tu mmg dah first class degree

nur syhuhada said...

assalamualaikum...thanks for the info...nk tnya...utk dpt first class dgree uitm kan perlu every sem dekan or tgok last semester cgpa kita?...:)

Safiah Ibrahim said...

Waalaikummussalam nur syuhada,
nak tahu first class tak, kita konvo nanti kita akan dapat sijil cakap kita punya degree adalah 1st class degree..

Setahu saya ikut CGPA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...