~ Klik Sini ! Klik Sini ! ~

Wednesday, December 24, 2014

~ Senaraikan 5 benda yang awak nak dalam tahun 2015 ~

Saya ada follow facebook seorang Dato. Beliau usahawan. Banyak saya belajar dari dia. Berfacebook bukan sekadar membuang masa. Berfacebook sambil menimba ilmu.

Dalam status beliau semalam, Dato bertanyakan tentang 6 benda yang ingin dicapai pada tahun depan, 2015. Benda. Bukan perasaan. Bukan Impian. Bukan lain-lain, ianya benda.

Saya cuba berfikir. Cuba senaraikan.


Oh. Dengar saja 5. MUDAH.


Hakikatnya agak payah. Namun, inilah hasilnya


5 benda yang awak nak dalam tahun 2015:


1. Siapkan tesis PhD saya.

2. Tambah 1 lagi tabung Subuh saya. (sekarang ada satu). InsyaALLAH, akan ada satu lagi pada 2015.

3. Duit Simpanan RM30,000 (Ini sudah banyak.. Bagi seorang pelajar bekerja di bandaraya yang paling sibuk dalam negara, dengan kos yang tinggi)

4. Internet tanpa wayar tanpa HAD. Sebab saya seorang pelajar. Internet itu penting. Senang nak cari maklumat.

5. Seorang Suami, lelaki yang akan berada di samping saya. Lelaki yang menerima apa adanya saya. Kurang dan lebihnya saya. Lelaki yang sanggup sama-sama melengkapkan diri saya yang masih tidak sempurna. Lelaki yang menyayangi saya sepenuh hatinya.

lebih satu. EXTRA

6. Jawatan dalam keluarga saya, isteri mithali, anak yang taat, sahabat yang baik, dan stranger yang membantu tanpa disedari.

Sekian.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...