Tahu tak yang PTPTN dengan baik hatinya telah meluaskan dasar penukaran pembiayaan pendidikan PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar-pelajar yang tamat pengajian sebelum 1 Januari 2010 - Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Kelas Pertama atau Setaraf Dengannya.
Klik gambar untuk tengok dengan lebih JELAS
Jadi kepada sesiapa yang masih lagi tertanya-tanya berita tentang PTPTN boleh tukar biasiswa atau tidak untuk yang grad sebelum 2010. Jawapannya: Ya, PTPTN akan tukarkan pinjaman PTPTN awak kepada biasiswa.
Tapi, biasiswa ini tak kan berlaku dengan sendirinya. Semua haruslah mengemukakan permohonan. Ada permohonan barulah PTPTN boleh luluskan pinjaman kepada biasiswa.
Jadi untuk tahu cara-cara atau tips untuk tukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa, bolehlah klik di link di bawah:
Kesimpulannya, semua pelajar yang tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama tak kira sebelum tahun 2010 atau selepas tahun 2010, 2011, 2012, 2013, 2014, 2015 dan tahun seterusnya boleh tukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa.
8 comments:
ini yg terbaru ker? sblm ni pun ade gak kan?
Yang terbaru ni.
Sebelum ni PTPTN hanya buat biasiswa kepada yang tamat pengajian selepas 2010.
Sekarang dah buka kepada pelajar yang tamat pengajian sebelum 2010
tuk diploma gak ke?
PELAJAR DIPLOMA BLEY TUKAR PTPTN KPD BIASISWA JG KE?
untuk ijazah je dik..
untuk pelajar yg meminjam ketika diploma dan ijazah?adakah pengecualian bayaran untuk kesemua pinjaman?
Green lady
Dari pengalaman Fia yg meminjam diploma dan ijazah. PTPTN hanya beri biasiswa kepada ijazah sahaja
Post a Comment