~ Klik Sini ! Klik Sini ! ~

Thursday, May 17, 2012

~ Jubah Dua Jalur #Bahagian Dua ~

Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA ke 76
12 hingga 20 Mei 2012
Dewan Agong Tuanku Canselor ( DATC ), UiTM.


Entri ni, banyak gambar. Maaflah.


Aku konvo sidang pertama. Untuk pengetahuan, konvokesyen uitm terbahagi kepada beberapa sidang. Mungkin puluh-puluh. Tapi untuk hari pertama, istimewa. Hanya ada satu sidang, iaitu sesi pagi. Sidang pertama ni adalah untuk graduan Doktor Falsafah ( PhD ) dan Ijazah Sarjana ( Master ).  Graduan-graduan akan dianugerahkan Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana oleh Tuanku Canselor iaitu Agong kita.



Ini gambar pertama aku ambil dengan kawan-kawan. Gambar ni depan DATC. Lepas tu, aku ke tepi dewan, beratur mengikut giliran. 567 giliran aku. Banyak kan?  Penganugerahan dilakukan mengikut fakulti. Jadi, fakulti pengurusan perniagaan tengah-tengah majlis.


Aku dan Kak Mira. Dia kakak sebab dia senior aku. Pernah menjadi pensyarah di SEGI College. Mempunyai seorang anak lelaki yang comel dan hubby yang sangat sayang dia. Untung kak mira. 





Masa tengah susunkan diri mengikut giliran tu, sempatlah lagi kami bergambar posing. Sangatlah gembira hati berjumpa kawan kelas di pagi hari. 

Eh. Semua pinky-pinky.
Kami berempat selalu satu kumpulan kalau ada kerja-kerja berkumpulan. We have a great team spirit and each of us have unique skills. Thanks, ebah nik kecik. Lebiu!



Budak kelas. 


Oh ya, budak kelas aku semua perempuan. Harap maklum. 



Aku rasa macam Tuanku datang lambat je. Majlis bermula dalam pukul sepluh. 
Majlis dimulakan dengan Istiadat Permasyhuran Canselor UiTM. Kan kita baru bertukar Tuanku. Jadi secara automatiknya, Canselor UiTM pun bertukar. Jadi, Majlis dimulakan dengan Permasyhuran Tuanku Canselor UiTM.


Tuanku permaisuri pun datang. 



Lepas dah siap Majlis Permasyhuran tu. Ada rehatlah pulak. Tapi graduan tak boleh keluar. Lapar gila. Jam dah pukul sebelas lebih. Apa nak buat ye. Sesi bergambarlah jawabnya. 






Inilah kali pertama aku berkonvo siap boleh bangun dari kerusi dan bergambar dalam dewan. Semua graduan pun bergambar-gambar. Memang rehat agak lama. Agaknya Tuanku Canselor makan kot.



Oh. Btw, ada seorang je budak kelas aku dapat Anugerah Siswazah Cemerlang. Yang berselempang tu.


Tak merasa aku pakai selempang, sebab semester dua tak dapat Anugerah Pasca Siswazah. 
Fyi, untuk dapat Anugerah Siswazah Cemerlang, setiap semester kena dapat Anugerah Pasca Siswazah dengan gpa sama atau lebih dari 3.75. Susah kan? 







Gambar ni paling best. Hubby kak miera ambik dari tingkat dua. Semua budak kelas ada. 




Lepas tu, sambung balik majlis. Barulah bermula sesi penganugerahan dengan perut graduan yang berbunyi-bunyi. 


3 comments:

caliph shuriken said...

wahh, congratz utk semua ^^

Hafiz Hafizol said...

selamat berkonvo.. Tahniah !!!

Safiah Ibrahim said...

thanks Caliph & Hafiz. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...