Comel tak nama karipap tu? Karipap Kentayam..
Itu nama karipap aku okeyh.. Sape curik kena babab nanti..
Hari ni nak kongsi dengan korang cara nak wat karipap kentayam..
Bahan-bahan :
Untuk kulit karipap
- 1 mug gandum
- 2 sudu besar planta
- secubit garam + air suam
** Aku guna mug sebab rumah orang bujang tak ada cawan.. aku wat 1 mug je sebab tak ramai pun.. kalau korang rasa tak cukup korang tambah k..
Cara-cara :
1. Panaskan/Cairkan planta dalam kuali
2. Buat lubang kat tengah gandum, masukkan planta yang telah dicairkan dalam lubang gandum tu
3. Gaul rata
4. Masukkan air (air suam dan garam), sedikit demi sedikit.
5. Gaul dan uli adunan itu sampai boleh dibentuk bulat
6. Bahagikan adunan tadi kepada beberapa bulat yang kecil
Bahan-bahan :
Untuk kentayam
1. ayam dipotong dadu
2. Kentang dipotong dadu
3. Bawang putih dan bawang merah/besar (dimayang kecil-kecil)
4. Cili kering (biasa orang guna serbuk kari, boleh tukar ikut cita rasa)
5. Garam dan gula secukup rasa serta minyak masak
Cara-cara :
- Rebus kentang, kemudian ketepikan seketika
- Panaskan minyak masak, tumis bawang putih, bawang merah/besar dan cili kering
- Masukkan ayam dan kentang
- Masukkan garam dan gula secukup rasa
siap pun kentayam!!
Cara-cara nak buat karipap kentayam:
1. Adunan yang bulat-bulat kecil tu, lenyek pakai gelas plastik (mana la aku ada penggelek karipap)
2. Masukkan kentayam dalam kulit karipap dan kepet-kepet kan dia..
Sebab tak ada orang nak ambik gambar, jadi tak ada la gambar nak kepet-kepet tepi karipap
3. Lepas dah siap semua, goreng..
4. Siaplah karipap kentayam yang sedap!
++ Ini percubaan kali pertama, aku memang ada skill lah kan?
No comments:
Post a Comment