~ Klik Sini ! Klik Sini ! ~

Friday, April 17, 2015

Share

CINTAPERHUBUNGAN
Saya SINGLE, Tapi Saya OK!
By Farizan Zainal - Apr 6, 2015 79 0
Facebook Twitter

“Hurm.. Cemburunya tengok semua kawan-kawan aku dah kawin. Tapi aku belum lagi. Boyfriend pun tak ada..”

Bagi mereka yang tidak mempunyai pasangan ataupun kekasih, pasti akan rasa cemburu dengan kehidupan pasangan lain dan sedih kerana berseorangan.

Lagi mengecewakan apabila kawan baik anda sendiri, sudahpun berumah tangga dan memiliki kehidupan bahagia.

Tapi, sebenarnya banyak kelebihan menjadi orang bujang dan tidak perlulah anda bersedih kerana kehidupan ‘single’ anda tu.

Apa yang pasti, banyak manfaat yang anda akan peroleh sekiranya anda bergelar bujang!

1. Bebas melakukan apa sahaja

I-Am-Free



Tanpa kekasih, anda boleh melakukan banyak perkara tanpa perlu meminta kebenaran dari pasangan.Contohnya, kalau hendak bela binatang peliharaan atau hendak ke pusat beli-belah, anda tidak perlu pendapat atau persetujuan mereka. Anda bebas bergerak dan melakukan apa sahaja yang anda inginkan.

2. Kenali diri


Apabila kita tidak menyibukkan diri dengan seorang individu lain bergelar kekasih, kita sebenarnya mempunyai lebih banyak masa dan peluang mengenali seorang individu yang amat penting iaitu diri sendiri.

Ini peluang untuk kita mengkaji dan mengenali siapa diri kita sebenarnya. Kita boleh berhubung dengan nilai dan azam kehidupan kita sendiri. Bolehlah kita mempersiapkan diri untuk masa hadapan kelak terutamanya dalam aspek perhubungan cinta.



Mengembara berseorangan memberi banyak perspektif dan membuka minda kita, malah mengajar kita untuk menjadi lebih berdikari. Apabila tidak mempunyai pasangan, kita mempunyai lebih banyak berpeluang untuk pengalaman ini tanpa sebarang halangan remeh-temeh. Kalau mahukan teman mengembara, boleh ajak kawan bujang lain dan sama-sama melihat dunia tanpa halangan daripada orang lain.

4. Lebih peluang pekerjaan



Dalam mencari kerja, orang bujang yang tidak terikat dengan hubungan cinta mempunyai lebih banyak peluang.
Menurut laman CNNMoney, banyak organisasi dan syarikat yang lebih suka menggaji mereka yang bujang dan tidak mempunyai hubungan serius dalam kalangan graduan dan lepasan baru universiti.

Ini kerana banyak syarikat menganggap mereka yang bujang dan tidak bercinta mempunyai lebih fokus untuk kerja dan boleh memberi lebih komitmen pada perkembangan syarikat serta diri sendiri sebagai seorang pekerja.

5. Boleh berjimat



Pasti anda tahu jika keluar ‘dating’ pasti akan menggunakan belanja yang banyak. Menonton wayang, makan di tempat romantik, hadiah dan sebagainya. Dapat pula kekasih yang selalu kesempitan wang, terpaksa pula kita membantu dan keluar duit dari poket sendiri. Apabila tidak berpacaran, kita boleh berjimat dengan menyimpan wang untuk perkara lebih berfaedah atau membeli keperluan dan kehendak diri sendiri berbanding memuaskan hati pasangan yang belum tentu menjadi jodoh ke akhir hayat.

Apatah lagi jika yang masih belajar atau baru bekerja, pasti perlu duit untuk diri sendiri dan tidak perlu pening-pening tentang kos remeh bertemu janji.

6. Lebih masa untuk keluarga dan sahabat



Cinta datang dan pergi, namun hubungan ikhlas silaturahim antara ahli keluarga dan sahabat sangat bererti dan lebih berkekalan. Menjadi bujang yang dan tidak mempunyai kekasih memberi peluang kepada kita untuk meluangkan masa berkualiti bersama mereka yang penting sentiasa ada untuk diri kita seperti keluarga dan sahabat. Pastinya kita tidak mahu satu hari kelak kita kehilangan mereka dan sedar sebenarnya kita tidak meluangkan banyak masa bersama mereka yang sentiasa ikhlas ada untuk kita

posted from Bloggeroid

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...