~ Klik Sini ! Klik Sini ! ~

Monday, April 13, 2015

mudahnya menjemput rezeki

CERITA KITA UNTUK KITA (1) 12/4/2015/Ahad )
***********************
TAJUK: Wang halal, hadiah terakhir buat ayah tercinta .
************************
Assalamualaikum.
Ustaz, saya mahu berkongsi kisah seorang kenalan yang memberi kesan mendalam dalam hati saya. Cuma mahu berkongsi kebaikan agar ada hati yang terkesan.
Ianya berkenaan rezeki yang halal. Bagaimana mendapatkan rezeki yang halal itu satu mujahadah. Ada seorang anak lelaki yang di besarkan dalam sebuah keluarga yang susah. Susah kerana bapanya tidak bekerja serta gemar berjudi. Sementara ibunya seorang suri rumah dan beliau mempunyai adik-beradik yang ramai.
Sewaktu berusia 10 tahun, ustazah di sekolahnya bercerita tentang hukum berjudi & memakan hasil dari judi itu. Anak ini sangat terkesan dengan penyampaian ustazahnya dan takut sekali menjadi penghuni neraka di sebabkan dia di besarkan dari sumber wang haram.
Sejak itu dia tekad menegur bapanya, namun sebagai seorang anak nasihatnya tidak di endahkan malahan selalu sahaja dia di katakan anak derhaka sebab seolah-olah mahu mengajar ayahnya sendiri.
Sejak dari itu, dia bertekad tidak mahu memakan harta yang haram. Anak ini bekerja dengan seorang peniaga air balang setiap hari selepas balik ke sekolahnya. Dengan duit itulah dia buat belanja sekolahnya, membayar yuran persekolahannya malahan kadang-kadang membantu ibunya memberi barang keperluan dan berkongsi dengan adik-adiknya di tambah dengan duit biasiswa pelajar cemerlang serta sumbangan guru-guru sekolahnya yang simpati melihat kemiskinannya.
Dia bekerja sejak dari kecil sehinggalah sampai tamat persekolahan. Dia tekad tidak mahu memakan harta yang haram. Kadang-kadang ayahnya menang loteri dan memberikan anak-anak hadiah tetapi dia tidak mengambilnya. Dan itu sering menambah lagi persengkataan dengan ayahnya. Malahan dia sanggup berpuasa serta mengikat perut dari menjamah makanan di rumah seandainya dia tahu ianya hasil wang judi.
Tetapi kasih seorang anak mendoakan ayahnya sentiasa berubah.
Di takdirkan Allah ayahnya jatuh sakit da hanya terlantar di katil, anak ini sudah belajar di universiti ketika itu. Di sebabkan sakit ini ayahnya mula berubah serta bertaubat nasuha dari perbuatannya. Selang 2 tahun, ayahnya meninggal dunia. Dan anak ini masih belajar di universiti sambil bekerja sambilan mengangkut pasir di kilang hardware.
Sejak ayahnya jatuh sakit dialah yang memberikan wang kepada ibunya untuk perbelanjaan keluarga serta persekolahan adik-adiknya. Memang tidak banyak tetapi rezeki yang berkat itu sentiasa mencukupi.
Di hari kematian ayahnya, anak ini mengeluarkan semua simpanannya untuk menguruskan jenazah. Dari kain kafan serta pengurusan jenazah di bayar dengan wang simpanannya sendiri. Dia menganggap ianya sebagai tanggungjawab seorang anak lelaki kepada ayahnya.
Yang paling penting ianya wang halal hadiah terakhir buat ayah tercinta.
Hari ini, anak ini merupakan seorang jurutera berjaya. Gajinya mencecah puluhan ribu. Dia juga anak yang paling berjaya serta paling banyak berjasa. Bukan sahaja kepada ibu malahan selalu membantu adik-adik yang kesusahan.
**********************
ULASAN:
Kisah ini memberi motivasi kepada kita agar sanggup bermujahadah (bersusah payah) untuk taat perintah Allah. Hasilnya pasti membuat kita senang hati. Termasuklah untuk menjadi anak yang gigih berusaha untuk selalu membahagiakan ayah dan ibu , biarpun mereka belum taat sepenuhnya menunaikan perintah Allah.
Sungguh, apa pun kebaikan yang kita buat, balasannya kita harapkan hanya daripada Allah.
**********************
Saudaraku warga MMR, bolehlah dikongsikan contoh-contoh lain bagaimana yang dikatakan bermuhajadah untuk taat perintah Allah ? khususnya yang ada kaitan dengan kisah di atas.
***********************
Tahniah,diucapkan kepada saudara yang ceritanya terpilih pada hari ini; dan insya-Allah kita akan siarkan pula cerita pilihan ke-2 esok. Jam 10:30 pagi. 13/4/2015/Isnin. Insya-Allah
***********************
Saudara yang menghantar cerita ini boleh taip 'Saya penghantar cerita pilihan (1 )' dan hantar sms itu ke nombor ini: 012-9876 717.
Kemudian saya akan hubungkan saudara kepada penaja 1.
***********************
INSYA-ALLAH

credit to fb mudahnya menjemput rezeki

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...