#Tips untuk cari #homestay yang terbaik dan selesa serta rasa seperti menginap di rumah sendiri.
1. Berdekatan dengan tempat yang ingin dituju.
Jika anda ingin pergi ke satu tempat atas urusan kerja atau rasmi. Anda haruslah memilih homestay yang tidak jauh dari tempat kerja anda. Paling elok adalah 10 minit dan paling lama pun 30 minit.
Jangan nanti anda rugi minyak kereta. Bila menginap di homestay yang jauh dari tempat kerja. Bukan hanya minyak, rugi masa dan tenaga juga.
2. Persekitaran yang sunyi dan selesa.
Andai anda mencari Homestay, pilihlah yang jauh dari jalan raya. Agar nanti, tak dengar hon dan enjin kereta. Kadang-kadang ada Mat Motor yang angkat tayar depan. Kadang jadi superman. Kadang jadi Batman. Tak lena tidur dibuatnya.
Pilihlah Homestay dalam kampung. Sesuai dengan namanya; Homestay atau Inap Desa. Aman dan selesa.
3. Peralatan dan Perabut yang Cukup dan Berfungsi
Jika ingin menginap di Homestay. Pilihlah yang sesuai dengan jumlah bilangan kawan atau keluarga anda. Biar cukup katil. Biar ada bantal.
Andai anda kurang bajet. Carilah Homestay yang menyediakan bantal tambahan. Tilam tambahan. Atau toto tambahan. Tak ada semua tu tikar pun dah cukup. Kadang Atas sofa pun boleh tidur juga.
4. Peralatan elektrik dan peralatan memasak
Kepada sesiapa yang ingin melancong dan juga jimat belanja. Anda patut menginap di homestay.
Tipsnya adalah; cari homestay yang membenarkan anda memasak.. Tapi, kalau benarkan saja. Tak memadai. Anda kenalah cari Homestay yang ada peralatan nak memasak tu. Jangan pula, pisau nak potong bawang pun tak ada.
Tips lagi; carilah homestay yang ada peti ais, rice cooker, water heater dan sebagainya. Senangkan?
Kalau anda bercuti dan menginap di homestay, terus bajet dan kira duit. Beli lauk basah dan simpan dalam peti. Sekali beli terus sampai anda check out nanti. Jimat belanja. Jimat masa.
5. Orang perempuan suka ni, seterika atau iron!
Kalau anda seorang perempuan atau anda akan bawa wanita untuk menginap bersama anda di homestay. Pastikan Homestay tersebut ada seterika atau iron. Senang nanti nak gosok tudung, baju dan skirt.
Eh.
Jangan lupa! Iron board kena ada. Kalau tak nak gosok atas apa?
6. Homestay kena ada mesin basuh atau washing machine
Kalau anda bercuti atau rancang untuk menginap di Homestay selama beberapa hari. Untuk jimat masa, jimat tenaga, jimat duit sila cari homestay yang ada mesin basuh. Kalau boleh yang automatik sepenuhnya (automatic washing machine). Senang kerja nanti. Masuk tekan-tekan. Siap!
Bawa baju sikit sudah!
Ringankan kereta. Tak berat tangan nak bawa. Heret sana. Heret sini.
Ops!
Jangan lupa. Cari Homestay yang ada ampaian. Kalau tak, dah siap basuh nanti, nak jemur kat mana?
________
InsyaAllah
Di WIWI Homestay kami ada ini semua. Kami ingin anda menginap di sini dan rasakan
"seperti berada di rumah sendiri..."
Jemputlah menginap di homestay kami
No comments:
Post a Comment