~ Klik Sini ! Klik Sini ! ~

Sunday, January 4, 2015

~ restoran arab makanan sedap dan makanan arab asli ~

Sejak kenal orang Iraq. Berkawan rapat dengannya.
Saya tahu banyak perkara. Saya belajar banyak benda.


Saya tahu cerita tentang negara
Saya tahu cerita tentang budaya
Saya tahu cerita tentang makanan


Saya belajar makan makanan arab. Saya pernah makan di restoran arab Half moon. Saya pernah makan di restoran arab al madghoot. Dua kedai ni berhampiran south city mall.

Antara dua kedai ni saya suka Half moon. Sedap. Murah. Berbaloi.

Ada satu kedai lagi. Di bandar sri petaling. Saya lupa nama kedai. Saya cuma ingat. Di tingkat atas. Berdepan restoran old time white coffee.

Kawan saya, Wisam, orang arab orang Iraq bagitahu makanan di sini sama sebiji dengan masakan di negaranya. Dia gembira. Makan seperti berada di negaranya.


Terima kasih Wisam kerana menjadi sahabat yang baik.














posted from Bloggeroid

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...