Kawan saya, menelefon saya.
Saya tak sangka dia nak bercakap dengan saya, bukan apa. Memang kami rapat. Tapi tidak lah sampai mahu berbual di telefon. Tambah lagi di waktu bekerja. Pagi. Jam di komputer riba menunjukkan jam 9.40 pagi.
Banyak kami berbual.
Tentang dia. Tentang cerita dia. Saya menjadi pendengar setia. Respon bila saya rasa perlu.
Pengakhirannya saya beritahu. Usah peduli pada yang tak sudi. Usah biar ia mengganggu diri. Jangan biar diri dihantui kisah pedih kisah sedih. Derita dan perit. Biarkan ia berlalu.
Terus tekad untuk lupa. Terus hidup untuk keluarga dan agama. Terus berdiri dengan megah dan katakan pada diri "Dialah yang rugi, kerana meninggalkan orang yang menyayanginya sepenuh hati..."
1 comment:
kalau ai mesti ai api2 kan lagi... hahaha
memain jer...
itu semua pengalaman hidup... biar dia lalui sebagai pendidikan
Post a Comment