~ Klik Sini ! Klik Sini ! ~

Tuesday, August 26, 2014

~ Hak-hak yang boleh dituntut di Mahkamah selepas sesuatu perceraian berlaku ~



  • Hak-hak yang boleh dituntut di Mahkamah selepas sesuatu perceraian berlaku

  1. Nafkah Edah
  2. Mut'ah
  3. Harta Sepencarian
  4. Hak Jagaan Anak (Hadhanah)
  5. Nafkah Anak
  6. Tunggakan Nafkah
  7. Hak Tempat Tinggal




Nafkah Edah
Nafkah edah ialah nafkah yang wajib dibayar kepada bekas isteri di dalam temph Edah Raj'ie disebabkan sesuatu perceraian iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal mengikut Hukum Syarak.

Muta’ah
Mut'ah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasah mengikut Hukum Syarak. Kadar mut'ah boleh ditentukan melalui persetujuan kedua-dua belah pihak. sekiranya terdapat pertikaian mengenai kadar ini, Mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut'ah tersebut.

Harta Sepencarian
Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami-isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak. Harta sepencarian ini boleh dituntut oleh suami atau isteri di Mahkamah yang berbidangkuasa. Harta sepencarian termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa aset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan. Tuntutan harta sepencarian ini hendaklah dikemukan ke Mahkamah Tinggi Syariah.


Kredit:  http://syariah.terengganu.gov.my/tuntutanB.php 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...