~ Klik Sini ! Klik Sini ! ~

Monday, July 7, 2014

~ Sani Express buang Review Facebook Fanpage dan Post di Wall Facebook Fanpage Bas Sani Express ~



Saya ada post tentang komen saya kepada Sani Express.  Anda boleh tengok di sini Komen kepada Sani Express  Isi entri tersebut saya juga tulis di Facebook Fanpage Sani Express

Mula-mula saya post di wall Facebook Fanpage Sani Express.  Esoknya saya tengok Facebook Fanpage Sani Express untuk melihat, ada tak Sani Express balas komen saya. Malang. Sani Express delete post tersebut. Saya post lagi sekali, Sani Express delete lagi.

Saya duduk diam. Fikir.

Kemudian saya post di Review di Facebook Fanpage Sani Express, dengan harapan Sani Express tidak delete post saya. Malang. Sani Express delete post tersebut. Facebook bagi saya amaran kerana review tersebut.  Degil. Saya post lagi Review tersebut.  Esoknya, saya dapat amaran lagi dari Facebook kerana review tersebut.

Hairan.  Komen saya teruk sangat ke. Atau terlalu panjang. Saya kena pendekkan ke?  Pelik. Buntu saya fikir.

Dalam Facebook Fanpage Sani Express ada banyak lagi komen yang lain. Kenapa tidak di delete?



Saya komen. Saya post. Saya nak Sani Express betulkan mana yang patut dibetulkan. Saya Melayu. Sani Express syarikat Melayu. ISLAM. Saya nak tolong. Saya ada review tentang Sani Express, anda boleh klik sini.


Terima Kasih Sani Express.  Maafkan saya Sani Express (semua yang bekerja di sini)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...