Bismillahirrahmanirrahim..
Saya
mulakan dengan memperkenalkan diri saya.
Saya Safiah, seorang pensyarah di salah sebuah universiti di
Malaysia. Saya pernah mengajar di Kampus
Kuala Terengganu. Saya suka mengajar di
kampus ini. Pelajarnya baik. Suasananya
baik. Sahabat yang baik. Semua pun baik.
Alhamdulillah.
Anak
murid saya Nur Mohd Fitrie meninggal pada 30 Januari 2013 di Pantai Pandak,
Terengganu.
Innalillahiwainnailaihirajiun. Al-Fatihah.
Saya
mengajar Fitrie subjek Introduction to Business. Fitrie seorang anak murid yang baik. Percakapan Fitrie lembut. Pertuturan Fitrie halus. Fitrie sangat baik. Fitrie jaga percakapan dan perbuatannya,
seolah-olah takut hati saya terasa.
Beruntung orang sekeliling Fitrie ada Fitrie yang pandai menjaga hati.
Tengahari 30 Januari 2013
Fitrie
baik. Walau sekarang saya telah
berpindah ke kampus lain. Kami masih
berhubung. Fitrie selalu bertanya khabar
saya di FB. Fitrie selalu chatting
dengan saya. Fitrie selalu mendoakan saya
kuat menghadapi ujian hebat yang sedang saya hadapi. Seperti biasa, tengahari 30 Januari 2013, Fitrie
berchatting dengan saya di FB, tanya khabar saya, selepas beberapa lama kami
berchatting dia minta diri. Dan berjanji
akan chatting lain kali.
Malam
30 Januari 2013
Malam
itu, saya ada kelas seperti biasa dari pukul 8 malam hingga 10 malam. Bila habis kelas, saya dapat berita tentang Fitrie. Fitrie telah hilang di Pantai Pandak! AllahuAkbar!!
Ketar-ketar tangan saya pegang henpon. Jantung saya berdegup
kencang.
Cepat-cepat
saya telefon anak murid saya yang lain untuk tahu macam mana keadaan di
sana. Mereka cakap mereka ada di Pantai
Pandak. Polis, bomba dan orang ramai
sedang berusaha mencari Fitrie. Fitrie hilang dari pukul 7 malam. Sekarang dah pukul 10 lebih. Dah tiga jam lebih. Ya Allah.. Dalam
hati saya saya betul-betul harap mereka berjaya jumpa Fitrie. Mereka cakap lagi, kawan Fitrie, Bulat masih
dalam keadaan trauma. Bulat pun anak
murid saya juga. SubhanAllah.. Dalam hati saya doa Bulat akan baik-baik
saja.
Selepas
bercakap dengan anak murid saya, saya cepat-cepat balik rumah. Saya sembahyang Isya’, sembahyang sunat, baca
quran, dan berdoa..
“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Aziz, Ya
Jabbar, Ya Mutakabbir..
Tuhan ku, kau selamatkan lah Fitrie, Fitriee
masih muda.. Banyak lagi Fitrie belum buat. Fitrie budak baik.. Ya Allah..
Aku halalkan semua ilmu yang telah ku curahkan kepadanya. Namun Ya Allah, jika Kau lebih menyayangi Fitrie,
biarlah mayat Fitrie dijumpai. Jangan Kau biar Fitriee hilang di laut. Biarlah jenazah Fitrie disempurnakan
mengikut syariat Mu. Amin Ya Rabbal ‘Alamin..
“
Sambil
berdoa, saya bayangkan Polis, Bomba dan orang ramai berlari-lari dan berkerumun
sebab mayat Fitrie dah dijumpai..
Pukul 11 lebih malam 30 Januari 2013
Saya
dapat berita dari kawan Fitrie, Fitrie dah dijumpai pada pukul 11 malam. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Alhamdulillah.. Doa keluarga Fitrie, doa kawan-kawan Fitrie, doa pensyarah-pensyarah Fitrie, doa seluruh warga kampus dan doa orang ramai, akhirnya mayat Fitrie telah dijumpai.
"Ya Allah, tempatkan Fitrie bersama-sama orang mukmin, orang soleh dan di sisi Mu. Ya Allah.. tenangkan Fitrie di sana. Kami redha dengan pemergiannya.. Amin.."
Sedekahkanlah al-fatihah untuk Fitrie. Terima kasih.
Gambar malam kejadian
Gambar dari FB arwah Fitriee..
Berita kematian Fitrie di laman web
Sedih saya, bila tiada lah seorang anak murid yang rajin bertanya khabar.. anak murid yang selalu mendoakan saya.. anak murid yang baik..
Ya Allah, jagalah kami semua.. Moga kami semua dalam redhaMu, dalam rahmat Mu, dalam jagaan Mu.. Amin
2 comments:
Nice Entry.....salam @_@
Ya Allah madam...
sy pon kenal student ni..kawan bulat kan?? sy sllu nmpak dia dkt kampus...jalan pergi kafe dgn bulat...
Ya Allah...semoga arwah ditempatkan di kalangan org beriman :'(
Post a Comment