Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah. Syukur pada Allah kerana kita masih hidup dan menikmati nikmat-nikmat hidup yang tak terhingga.. Hargailah apa yang kita ada. Jangan bila kita kehilangannya barulah kita sedar yang itulah yang kita perlukan. Allahuakbar. Dugaan itu Hebat. Tapi kita ada Allah yang MAHA HEBAT.
Alhamdulillah.
2 Februari 2013. Sabtu. Saya sihat dan saya berjaya menderma darah di FT uitm jengka pahang.
Dermalah darah. Selamatkanlah nyawa. Kita tiada kemampuan untuk derma duit. Kita boleh derma apa yang ada pada diri kita. Darah! InsyaAllah, bila nanti kita perlukan darah. Akan ada yang derma darah untuk kita. Buat baik dibalas baik..
Saya nak bagi tips untuk derma darah atau langkah-langkah yang perlu diambil sebelum derma darah.
Saya pernah menangis sebab saya tak bileh derma darah. Hemoglobin (hb) saya rendah. Jadi melalui pengalaman yang telah saya lalui. Saya ingin berkongsi dengan awak semua.
Tips sebelum derma darah
1. Telur. Makan telur sehari sebelum hari nak derma darah.
2. Susu. Minum susu segar (dalam kotak) atau susu tepung sebelum derma darah.
3. Tenang. Semasa anda beratur untuk derma darah, anda kena bertenang. Kalau anda berdebar, tekanan darah anda akan rendah dan anda tidak akan dapat derma darah.
4. Ayam. Kalau anda tak makan telur atau susu boleh diganti dengan ayam.
Mitos derma darah
Orang selalu cakap. "Jangan derma darah. Nanti kau gemuk."
Semua tu mitos saja. Saya derma darah dah banyak kali. Alhamdulillah. Saya tidak gemuk. Malah sekarang saya kurus saja. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Moga selepas awak baca entri ni awak akan rasa nak derma darah. Selepas awak derma darah. Awak akan dapat perasaan yang tak pernah awak rasa sebelum ini. Perasaan tu macam tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Mungkin saya boleh gambarkan dengan perkataan BAHAGIA. Bahagia bila darah kita digunakan oleh orang yang sangat memerlukan, orang yang sedang sakit, nazak, atau macam mana pun keadaan mereka.
Moga lebih ramai yang menderma darah selepas ini. Amin ya Allah.
No comments:
Post a Comment