Minggu ni pelajar diploma UiTM semua cuti. Seronok betul mereka. Mereka cuti mereka balik kampung. Mereka tengok muka mak ayah. Mereka dapat pahala yg banyak walau mereka hanya tengok muka orang tua tu. Allah Maha Pemurah. Begitu senang kita nak dapat pahala, kenapa kita nak buat dosa?
Mereka sedang bercuti. Sesungguhnya, saya sedang cemburu kerana saya sedang bekerja seminggu.
Jadi, saya mengisi masa lapang dengan berkunjung ke Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Pahang. Baikkan saya ni?
Seronok sungguh ke perpustakaan. Tenang. Sunyi. Tempat yang banyak ilmu. Tempat yang kita boleh buat banyak perkara dan banyak pahala.
Awak tahu apa saya jumpa kat perpustakaan?
Novel!
Tapi ini novel pembangun jiwa. Novel bertajuk Bumi Cinta.
Nak tahu penulisnya?
Habiburrahman el shirazy.
Siapa pula dia ni?
Dia novelis ayat-ayat cinta, ketika cinta bertasbih 1 & 2.
Saya tak sangka boleh jumpa novel ni. Ia macam telah ditakdirkan. Alhamdulillah. Takdir Allah memang untuk kebaikan kita. Banyak sungguh pengajaran yang ada dalam novel ni.
Terima kasih Allah. :')
No comments:
Post a Comment