~ Klik Sini ! Klik Sini ! ~

Tuesday, July 3, 2012

~ Mesyuarat Agung OMSA ~



Sejak menjadi seorang pendidik ni, saya rasa sangat gembira dan bahagia dapat mendidik adik-adik dan membantu mereka dalam pelajaran.

Aktiviti pertama saya bersama mereka adalah Mesyuarat Agung OMSA untuk semester sesi Jun - Okt 2012 di Dewan Utama, UiTM Kampus Kuala Terengganu pada 27 Jun 2012 (Rabu), 9:00 malam.





Di UITM Chendering ni, saya sangat seronok bekerja bersama pensyarah saya. Beliau adalah Puan Mimi Zazira Hashim. Sekarang beliau adalah bos saya. Masih teringat lagi kami menganjurkan program bersama beliau. Beliau sangat baik dan tegas.  Dalam majlis ini, beliau telah memberikan ucapan untuk pelajar-pelajar dan pensyarah yang hadir.


Ucapan Koordinator Fakulti


Berbangga betul bila di sini, pensyarah-pensyarah turut terlibat dalam setiap aktiviti-aktiviti yang pelajar anjurkan. Ini dapat mengeratkan hubungan pelajar dan pensyarah. Mereka pasti merasakan kasih sayang yang kami telah berikan.


Selepas ucapan dari Koordinator Fakulti, bahagian yang paling menceriakan majlis ini adalah persembahan dari pelajar-pelajar semester satu.


Mereka sangat comel dan menciut hati kami.


Boleh tengok persembahan mereka dengan menekan butang 'play'
Sila pusingkan komputer riba anda.
(Maaf, itu kali pertama saya merakam video menggunakan HTC ChaCha)



++ Bangga menjadi cikgu korang. You are the first. May you are the best.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...