~ Petua Untuk Keharmonian Rumahtangga ~
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah,
tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3.
Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan
sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati
sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum
tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama
kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari
kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan
meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau lagi berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau
sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada
disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah
berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan
penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan
atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk
peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang
kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa
bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah
payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras \ menyara
keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam
rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda
mencapai matlamat tersebut.
No comments:
Post a Comment