~ Klik Sini ! Klik Sini ! ~

Sunday, August 21, 2011

~ Syarat-syarat untuk SKS ~



Untuk pelajar Sarjana UiTM


Lepas korang dah mohon Skim Khidmat Siswazah (SKS) (cara-cara nak mohon SKS secara online boleh klik sini)


Kalau ada rezeki korang dapat (Alhamdulillah), korang kena ingat ada syarat-syarat untuk korang patuhi.  Syarat-syaratnya seperti berikut :


  • Pelajar berstatus aktif dan mengikuti pengajian sepenuh masa
  • Tidak memperolehi mana-mana bantuan kewangan lain.
  • Tidak boleh dilantik sebagai Pembantu Penyelidik.
  • Perlu memenuhi minima 6 jam seminggu dalam menjalankan tugas sepertimana yang dipersetujui oleh fakulti selagi ianya tidak bercanggah dengan Undang-undang Buruh
  • Tugas-tugas yang dilakukan adalah tertakluk kepada budibicara dan kelulusan fakulti.
  • Perlu melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan menunjukkan prestasi kerja yang baik.
  • Perlu mengikuti dan menghormati peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh UiTM serta pindaan-pindaan berikutnya dari semasa ke semasa
  • Tertakluk kepada Akta 174 Institusi-institusi Pelajaran [Tatatertib] 1976
  • Mematuhi sahsiah rupa diri yang ditetapkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM.
  • Menjaga semua rahsia Fakulti dan Universiti
  • Universiti boleh menamatkan pelantikan ini tanpa apa-apa sebab dengan memberi satu bulan nots bertulis dan saudara/saudari juga boleh menamatkan khidmat ini dengan memberi satu bulan notis bertulis kepada pihak fakulti.


++ Gembira tak terkata kalau dapat SKS lagi..

10 comments:

Ed said...

you, apa beza sks-research ngan RA research assistant?

Safiah Ibrahim said...

Ed, sks bawah ipsis & diuruskan oleh pihak fakulti


RA pulak bawah lect yg dapat research grant dan dia nak RA bantu dia dalam menyiapkan research tersebut sebab dia bz dengan mengajar dll..


(:

Ed said...

owh like that...you ni kan dah wajib jadi spokeperson for uitm..i find mosy info from you tau

Safiah Ibrahim said...

he. (:


Ed, apa link blog u?

Ed said...

i dah tak active sgt..tp klu nak singgah here's mine www.cherrytaku.com

farradanisha said...

Assalamualaikum Sis...

Salam perkenalan...Insya Allah akak akan masuk belajar Master in Office System Management... Sis ni kira senior akak la..Boleh tak kalau akak dapatkan bantuan dalam pembelajaran nanti?

Satu lagi possibility utk berjaya dalam permohonan SKS ni tinggi tak?

Tq

- Farra -

Safiah Ibrahim said...

Waalaikummussalam..

Salam kenal.. :)
Congrats! Enjoy ur study k..
Boleh.. Nthing just contact me..


Senang je nak dapat SKS ni.. :)

mellyna said...

Tidak menerima sebarang bantuan kewangan.Is that including PTPTN?

Safiah Ibrahim said...

mellyna:


PTPTN boleh. Kawan saya ada yang ambil PTPTN tapi boleh je SKS.

mellyna said...

There is a rumour said that SKS changed its name.Sekaramg panggil apa ye?
Thank you in advance. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...