~ Klik Sini ! Klik Sini ! ~

Thursday, June 9, 2011

~ cara-cara nak tukar pinjaman PTPTN ke Biasiswa Bahagian 2 ~



Disebabkan ada pertanyaan pada klik --> entri pertama  




jadi aku rasa patut aku beri penjelasan yang lebih jelas lagi pada korang yang ingin tahu pasal cara-cara nak tukar pinjaman PTPTN ke Biasiswa... dan ape syarat-syaratnya



setakat yang aku tahu syarat-syarat untuk membolehkan korang tukar pinjaman PTPTN ke biasiswa adalah




  • Korang ni graduan dari mana-mana IPTA atau IPTS
  • Korang mendapat kelas pertama atau omputeh sebut first class honour masa korang grad
    • jadi untuk diploma ke ape ke, korang TIDAK LAYAK untuk memohon
  • Korang punya ijazah sarjana muda atau omputeh sebut ' degree ' tu mestilah diiktiraf oleh MQA
    • kalau korang dari IPTA sekalipun, korang lampirkan je la sekali senang cerita bukan susah sangat pun.. cari kat website MQA tu, tengok korang punya degree tu ada tak dalam senarai degree yang diiktiraf... korang print, pastu kepit sekali ngan surat korang tu.. ~
  • Korang punya transkrip dan first class tu korang kena fotostat.. pastu, korang kena SAHkan kat Pejabat Akademik kat IPTA/IPTS korang belajar tu.. WAJIB!!
  • Kepada siapa dan alamat PTPTN
    • alamat tu boleh google je kot.. huuu... tapi sebab aku ni baik hati.. korang tengok gambar ni okeh? Siap nama pegawai dan alamat PTPTN aku bagi.. sila klik gambar untuk tumbesaran.. 




gambar: alamat PTPTN untuk tukar ke biasiswa







  • Dalam surat tu nak tulis ape eh?
    • macam ni baik aku kopi paste aku punya surat letak kat blog ni kan? hahaha... Cam ni eh korang, korang letak la tajuk PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN KEPADA BIASISWA. Lepas tu, kenalkan diri, nama korang, IC, korang ambik kos ape, kat mana, korang grad ngan bape CGPA.. Akhir tu, korang cakaplah harapan korang yang menggunung tinggi tu.. 
    • Alahai, pendek2 je tak pe.. janji HADO... ~
  • Berapa lama PTPTN ambik masa eh?
    • Huk! macam aku ni keje kat PTPTN pulak kan.. ok, aku rasa PTPTN memang ambik masa yang agak lama.. Sila tunggu dengan sabar.. 
  • PTPTN akan hantar "feedback" ke lepas kita antar semua dokumen tu?
    • Lepas aku hantar 25 Mei 2011 hari tu, tak da balasan lagi dari PTPTN... tapi aku rasa diaorang mesti hantar feedback... jadi, Sila tunggu dengan sabar.. 

Nak tahu macam mana Ptptn balas surat permohonan kita?? KLIK SINI

19 comments:

Azmunira said...

juz nak share.. bila da hantar surat tu kalau bole check balik dengan org ptptn either surat kita da sampai o not.. then nanti dlm beberapa minggu akan ada surat smpai yg menyatakan kita punya permohonan dlm proses..=)

Anonymous said...

btul2 mmbntu,thnks byak2

Anonymous said...

kak..contoh kalau degree tu 4tahun, pastu sy amik ptptn setahun pertama je dalam 7+++ camtu sebab lepastu dpt biasiswa lain, so yg ptptn setahun tu bole minta jadi hadiah tak?

Anonymous said...

nk tanya sikit, if , contoh degree 4tahun, 2 sem yg pertama je amik ptptn sbb pastu dpt biasiswa lain,..emm..so yg 2 sem tu boleh mintak jadi hadiah tak?

Safiah Ibrahim said...

Itu saya tak pasti.. Kalau saya ada apa-apa info saya akan update di sini.

:)

Anonymous said...

terima kasihhhhh cik yg baik hati!

"bella Chentaku" said...

alamat tuh..memang kene tulis nama puan tuh ke?

Safiah Ibrahim said...

Sama-sama pembaca yg setia

Safiah Ibrahim said...

Bella
Masa saya hantar surat ni. Saya memang tulis nama puan tu. Nama ni saya dapat dari staff yg kerja di ptptn juga. Jadi saya rasa elok Bella tulis nama puan tu

Anonymous said...

KLW DIPLOMA X LEYH MOHON??

Safiah Ibrahim said...

Kalau diploma tak boleh. Sebab syarat utk tukar pinjaman ke biasiswa, ijazah sarjana muda..

Anonymous said...

first class 2 3.75 keatas @ 3.5 keatas

Safiah Ibrahim said...

Masa saya grad dulu.

First class adalah 3.5 ke atas.

ddYanie said...

ermm saya graduate thn 2011, pointer saya 3.60, tp x mention pun Kepujian kelas Pertama. thats mean, saya x boleh apply la eh? hukhuk

Safiah Ibrahim said...

Yanie..

Kalau saya, saya akan cuba mohon. InsyaAllah, ada rezeki Yanie akan dapat..

Moga yanie dapat tukar Pinjaman pada Biasiswa.. Amin..

aidie43 said...

nak tumpg tanye.. yang alamat kat surat tu kan.. kene sama ngan alamat yang kita nak pos suma2 dokumen ni ke?? sebab sekarang ada alamat cawangan kat setiap negeri kan.. tq

aidie43 said...

salam...nak tumpang tanye... sekarang kat ada alamt cawangan ptptn di setiap negeri kan... dalam surt permohonan tu kita nak guna alamt yang kita hantar suma dokumen ni ke mcm mane ek??kalo lain tkpe ke??

Safiah Ibrahim said...

Waalaikummussalam..

Setakat yg saya tahu Aidi.. saya nasihatkan terus hantar ke HQ.. ke alamat di atas..

Kalau Aidi nak cuba boleh juga.. cuba telefon dulu PTPTN cawangan tempat Aidi.. Klu dia kata boleh, bolehlah Aidi hantar ke sana

Suhaila said...

Salam.saya nak tanya. Untuk pengesahan dokumen tu kalau uitm cawangan boleh ka? Macam saya uitm perak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...