~ Klik Sini ! Klik Sini ! ~

Wednesday, October 6, 2010

pesan yang baik

ini pesan-pesan yang baik.. fia kopi dari kawan kat mukabuku

Pesan Imam Syafie

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiatkepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.Berikut ialahkandungan wasiattersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat makahendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: 
HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkanpercakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: 
HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkankemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk matidan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : 
HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencingmerata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yangdizalimi.

KEEMPAT: 
HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dannasihat menasihati.

KELIMA : 
HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dansanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : 
HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARIAKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantuorang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : 
HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelokakhlak.

KELAPAN : 
HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerimabala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukanmaksiat.

KESEMBILAN :
 HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, danbersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : 
HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia darikemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.._,_.___

"Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"

"Dan Allah tuhan KamiRasul ikutan kamiAl-Quran Panduan kamiJihad jalan KamiMati Syahid cita-cita tertinggi kami"

4 comments:

panggil aku shEh said...

uish... byk xbuat lg ni

Safiah Ibrahim said...

fia pun shi... ingatan utk fia jgk.. :)

cikpia said...

sama2 beringat....... adoyai!!! banyak nya lum dilaksana.......

Safiah Ibrahim said...

ye.. banyak yg tak buat lagi.. huu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...