~ Klik Sini ! Klik Sini ! ~

Sunday, October 31, 2010

Gucci | bukan Gucci itu

ni cite kawan kelas fia hari minggu lepas dia ditemubual oleh wartawan BH..! kami panggil dia adeQ.. nama dia nurul adira..

gucci in class with her bottle


TELATAH kucing kelabu ini tentu mengundang kagum sesiapa saja yang melihatnya. Bukan saja geram dengan bulu lebat seakan mahu diramas-ramas, karakter kucing campuran baka Parsi dan tempatan ini sendiri membuatkannya cukup unik berbanding spesies kucing lain.


Masakan tidak, kucing dikenali sebagai ‘Gucci’ oleh pemiliknya, Nurul Adira Anuar, 24, akan sentiasa dibawa hampir ke mana saja, tidak kiralah ketika bersiar-siar di hujung minggu, balik kampung atau pun sehingga ke bilik kuliah.


Anehnya, Gucci tidak pula menimbulkan sebarang masalah sepanjang berada di dalam bilik kuliah walaupun sesi pembelajaran mengambil masa kira-kira lapan jam. Sebaliknya, si comel itu akan sentiasa setia menunggu di sisi pemiliknya tanpa sebarang kerenah seolah-olah mengerti tanggung jawab besar ditanggung pemiliknya.

gucci in kimono


Seperti dakwaan Nurul Adira, mulanya dia sendiri agak ragu-ragu untuk membawa Gucci ke bilik kuliah kerana bimbang kucing kesayangannya itu membuat bising dan mengganggu proses pembelajaran. Namun, selepas mencuba kali pertama ternyata keadaan sebaliknya dan kucing itu pantas menjadi haiwan kesayangan teman dan pensyarah.


“Memang risau juga ketika awal-awal membawa Gucci dulu. Manalah tahu kucing ini membuat bising dan mengganggu tumpuan pelajar lain. 



“Tetapi anda sendiri lihat betapa baiknya Gucci dalam kelas ini. Selain senyap, dia juga seolah-olah duduk sama tekun belajar. Sejak itu, memang setiap minggu Gucci akan menemani saya sepanjang mengikuti kelas,” kata pelajar Ijazah Sarjana Pengurusan Dan Teknologi Pejabat di sebuah universiti awam tempatan. 


Melihat sendiri gelagat kucing Nurul Adira di dalam kelas menambah keistimewaan haiwan comel ini apatah lagi karakternya yang cukup manja dan tidak langsung ‘bersuara’. Selain akan ‘setia’ duduk bersebelahan tuannya, sesekali kucing itu akan tidur dan kemudian memasuki beg tempatnya berehat.



gucci rajin blaja


Mengulas lanjut mengenai kucing yang berusia setahun itu, Nurul Adira berkata, Gucci dihadiahkan ibunya ketika kucing itu berusia tiga bulan sebagai tanda kejayaannya menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. 


Kata anak bongsu daripada tiga beradik itu, mulanya Gucci tidak berapa mesra dengannya walaupun cuba didekati. Pun begitu, lama kelamaan dia menyedari yang kucing itu memiliki daya tarikan tersendiri.


“Memang saya mula membiasakan Gucci dengan membawanya setiap kali keluar membeli-belah dan balik kampung. Jangan tak tahu yang Gucci juga mendapat perawatan di spa haiwan selang dua minggu sekali di mana kosnya sekitar RM180 setiap lawatan sedangkan, saya sendiri tidak lagi ke spa kerana peruntukan bulanan saya yang diberikan mummy sudah dihabiskan demi Gucci,” kata Nurul Adira tergelak. 


Ditanya apakah lagi bentuk kebendaan yang sudah dilaburkan demi Gucci, kata Nurul Adira, dalam sebulan dia memperuntukkan hampir RM1,000 bagi keperluan makanan, pakaian dan perawatan spa yang dikunjungi setiap dua minggu sekali.



Apabila melihat gelagat Gucci di depan mata, memang bukan mustahil mengenangkan kos penyelenggaraan kucing itu cukup tinggi memandangkan Gucci dipakaikan baju, kasut, memiliki beg berehat, memakan snek haiwan, botol minuman peribadi dan sangkar berak khas. 


pinky gucci




Malah, sebagaimana minat Nurul Adira terhadap warna merah jambu, begitu jugalah warna yang cukup sinonim digayakan Gucci sama ada beg, botol minuman, persalinan pakaian dan kasut. 


Ketika ditanya mengenai persalinan dimiliki Gucci, Nurul Adira berkata, kucingnya itu memiliki hampir 100 pasang pakaian berupa gaun, kimono, baju sekolah, baju kain kapas dan banyak lagi termasuk beberapa pasang kasut untuk disesuaikan dengan pakaian.




“Sepatutnya ketika raya dulu saya bercadang untuk memakai sedondon baju kurung dengan Gucci tetapi sayang tidak sempat, membuatkan kami tidak dapat bergaya bersama.



“Memang saya umpama ibu tunggal kepada Gucci kerana segala hal memang dilebihkan kepadanya dulu berbanding diri saya sendiri,” kata Nurul Adira yang melayan Gucci seolah-olah kucing itu umpama anak kecil yang selalu minta dimanjakan.


Bercerita lanjut mengenai gelagat unik Gucci, pemiliknya itu mengakui yang karakter pemalu kucingnya itu nyata berbeza sama sekali ketika berada di rumah. Baginya, Gucci cukup aktif berlari sehingga pernah memecahkan pasu kesayangan ibunya.


Umpama diva, Gucci juga bagi Nurul Adira begitu memilih dalam banyak hal termasuk tidak mahu bergaul dengan spesies kucing lain. Manjanya kucing itu bukan saja turut dibawa sehingga ke kamar tidur, Gucci juga mahu disuap setiap kali hendak makan membuatkan pemiliknya langsung tidak boleh berenggang.



“Setakat ini, saya memang tidak pernah berenggang langsung dengan Gucci. Kalau balik kampung sekali pun, memang saya akan bawa sekali sehinggakan sangkar dan tandasnya terdapat berasingan di kereta dan rumah di kampung.


“Tak tahulah saya macam mana rasanya kalau perlu berenggang dengan Gucci lama-lama kerana pengalaman bekerja sekejap dulu pun payah, inikan pula kalau ke luar negara,” kata anak muda ini yang tidak tahu sampai bila sanggup berhabis demi si manjanya.







INFO: Kos yang sanggup dibelanjakan Nurul Adira demi kucingnya, Gucci



  • Membelanjakan RM90 sebulan untuk makanan daripada jenama bermutu tinggi. Kos itu tidak termasuk makanan ringan seperti biskut berharga RM15.90 sebagai makanan ringan yang menjadi kegemaran Gucci.






  • Kos minuman berupa susu sebanyak RM40 sebulan, termasuk membeli susu kotak sebagai minuman harian.






  • Memanjakan Gucci dengan perawatan spa haiwan di Hartamas Kuala Lumpur, setiap dua minggu sekali. Rawatan spa berupa mandian, grooming dan membersih itu dikenakan caj sebanyak RM180 sekali servis.






  • Akan membeli sekurang-kurangnya tiga pasang persalinan pakaian Gucci setiap bulan. Setakat ini, sudah memiliki hampir 100 pasang pakaian seperti baju sekolah, kimono, gaun, baju kain kapas dan banyak lagi di mana kebanyakannya berwarna 






  • Memiliki sebanyak 10 pasang kasut pelbagai bentuk untuk disesuaikan dengan pakaian Gucci.






  • Setakat ini sudah ada enam beg rumah untuk membawa Gucci bersiar-siar di mana setiap satu berharga RM180. Sekali perasan, beg rumah Gucci umpama beg tangan berjenama mewah!






  • Gucci juga mempunyai botol minuman sendiri.






  • sumber:  berita harian online


    sumber gambar : fesbuk adeq

    16 comments:

    ardinihumaira said...

    ada juga dni terbaca di BH... tak pe beliau mampu.. kalo dni,peruntukan tu untuk diri sendiri je la ;p

    Safiah Ibrahim said...

    bestnya.. fia suka main2 ngan kucing adeQ

    panggil aku shEh said...

    amboi.. sume ade nih. baju, kasut, beg, sangkar berak pon? gile high maintenance nih. hihi

    Safiah Ibrahim said...

    tula.. kite pon tak cenggini.. giles bes dpt tuan cenggini..

    Fello Ariza said...

    ahhhhhhhhhh....giler..comellll....

    pehhhhhh...jeles sehhh...aduyaiii

    Safiah Ibrahim said...

    aha..
    sile jeles..

    fia boleh main2 ngan gucci, fel tak boleh.. :p

    FyZa said...

    erkk ada jgak yg sampai mcm nie..tp btul la..kuceng kdg2 bleh jd peneman yg paling baik..comey gila gucci 2..;)

    Safiah Ibrahim said...

    huu..boleh teman2 b'bual. tdo kan..

    2R said...

    hehe..oo lama x tgk adeq =) dia skrg stdy master ye..comey sgt si gucci ni hhe..femes la pasni si gucci ni =)

    Safiah Ibrahim said...

    eh. tora kenal adeQ??

    cane tu..

    a'ah. stdy master dia skrg.. comey kan.. :)

    Selipar Putus said...

    ala.... tOmeiii nyew kuceng.. shukew kuceng! ^_^

    Safiah Ibrahim said...

    shukew jugak :)

    yua said...

    oow my god.. syg nya dia kat kucing.. yua pon syg gak kat kucing.. hehe. tp xda la smpai bwk p mana2 =)

    Safiah Ibrahim said...

    dia tak leh berpisah pon ngan gucci..

    Khalisa Zulkarnain said...

    hahaha, orang kaya lahh katekannn.

    Safiah Ibrahim said...

    kay la kot.. :D

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...