Untuk pengetahuan semua, kita boleh bayar yuran belajar diploma atau degree atau master atau phd dengan menggunakan duit KWSP.
Berikut adalah cara nak buat proses pengeluaran wang pendidikan untuk bayar yuran belajar.
Untuk pembayaran yuran bagi diri kita sendiri (untuk IPTA)
Perkara pertama yang kena sediakan sebelum ke KWSP adalah:
1. Kad Pengenalan
2. Surat Tawaran belajar daripada pihak universiti
Kalau tak bawa, atau hilang, mungkin boleh minta tolong pihak universiti sesalinan surat tawaran tersebut.
3. Surat pengesahan pelajar untuk tujuan
pembayaran yuran guna duit KWSP - kena mentioned utk KWSP kalau surat
pengesahan pelajar biasa tu, KWSP tak terima. KWSP dah bagi template
kepada pihak IPT (yang ni kena minta dengan pihak bursari atau kalau
pelajar pascasiswazah, boleh minta dengan Pusat Pengajian Pascasiswazah)
contoh seperti di bawah:
Kemudian boleh terus ke KWSP untuk proses seterusnya. Saya ke KWSP cawanga Nilai, Negeri Sembilan.
Pergi ke kaunter pertanyaan dan cakap elok-elok tujuan kita nak buat pengeluaran wang kwsp untuk bayar yuran.
Pihak KWSP akan bagi kita borang dan mohon
isikan bahagian yang dinyatakan oleh pegawai tersebut. Berikut adalah
gambar borang yang kita akan isi:
Kemudian, nombor kita dah dipanggil. Pegawai
akan periksa semua details dalam dokumen kita. Kalau semua ok,
alhamdulillah akan lulus dan pegawai akan diserahkan satu Notis Akuan
Penerimaan Permohonan sebagai bukti:
Alhamdulillah, terima kasih KWSP Nilai, baik layanan terhadap semua pelanggan. Semoga dimurahkan rezeki ya!
No comments:
Post a Comment