~ Klik Sini ! Klik Sini ! ~

Saturday, February 14, 2015

kisah saya dan kad debit Bank Islam

Jumaat lepas, 12 Februari 2015.

Saya pergi ke Bank Islam. Tujuannya untuk mengeluarkan sedikit wang Untuk ke Kuching malamnya.

Semasa saya nak cucuk kad atm saya Keluar kad dari mulut mesin tersebut.


Allah.


Saya cepat-cepat panggil Bos saya (kebetulan dia juga nak keluarkan wang).


Dia kemudian serahkan kad tersebut kepada staf bank berkenaan.


Mudahan tuan punya kad tersebut sedar ketiadaan kad beliau.


------


Dalam diri saya.
dah tersemat.

"Jangan ambil orang punya."


Mudahan saya tidak ambil orang punya. Mudahan Allah jauhkan perkara begini. Amin amin amin.


---



Biar orang ambil kita punya. Jangan kita ambil orang punya.


---


Saya teringat tentang kisah pemenang daie tv3 2014. Sebelum menyertai program Daie, dompet beliau dicuri orang. Ada kad ATM di dalamnya.


Beliau kerugian RM5K.


SubhanAllah..


Beliau ikhlas mensedekahkan wang tersebut kepada pencuri berkenaan.



MasyaAllah...



Allah balas kebaikan tersebut dengan kemenangan program Daie, beliau menang RM50K..


Benarlah Janji-Nya, sedekah 1 dapat 10...


Moga kita sama-sama jadi baik.




 Ambil ibrah dari kisah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...