Eh.
Kamu dah habis belajar? YEAY!
Tahniah!!
--------
Ramai ex students saya mesej, whatsapp, PM fb untuk bertanyakan hal ini. Malahan ada yang bertanya depan-depan - face to face. Mereka, bakal graduan dalam dilema, belajar atau kerja?
Bila saya dapat soalan lebih kurang maksud macam ni, saya akan tanya mereka. "Awak masih ada minat belajar?". Ramai yang jawab minat lagi untuk belajar. Tapi, jangan terkejut. Ada jawapan TIDAK!
Oh, jawapan tidak langusng tidak salah.
Jika awak tidak minat belajar, tidak rajin (baca malas) belajar, itu bagus! Maksudnya awak tahu apa awak tidak mahu. Bukan macam sesetengah orang. Tidak tahu apa yang dia mahu, tidak tahu apa yang dia tidak mahu.
Nasihat saya kepada yang tidak mahu teruskan belajar:
1. Siapkan resume dan 'application letter'
Sebelum kamu habis belajar, dalam semester akhir, siapkan resume kamu. Nyatakan dalam resume kamu, bila kamu dijangka akan habis belajar.
2. Nak hantar ke mana resume kamu tu?
Mesti ramai yang tertanya-tanya, ke mana nak hantar resume dan 'application letter' kan?
i. Kamu kena rajin, tengok di internet, google jawatan kosong yang ada. Malahan, jawatan kosong juga ada di www.Mudah.my. Jangan terkejut! Kawan saya ada dapat kerja melalui laman web ini. Bukan calang-calang kerja. Pensyarah di salah sebuah IPTS.
ii. Kamu hantar resume kamu di syarikat atau organisasi yang terdekat dengan rumah kamu, atau mana-mana tempat yang kamu rasa mudah kamu nak ulang alik pergi kerja.
iii. Kamu minat apa? Kerani? Executive? Pomen? Usahawan?
Kamu kena hantar kepada syarikat yang berkenaan. Kalau nak jadi Pomen, jangan hantar ke syarikat perkapalan. faham faham?
3. Nasihat saya yang terakhir, Jangan BERHENTI belajar, selagi kamu tak PUAS HATI dengan pekerjaan yang kamu akan dapat nanti!
4. Nasihat saya yang paling penting. Jangan BERHENTI belajar, selagi kamu tak dapat KERJA!
aih. Tak kan nak jadi PENGANGGUR terhormat pulak? Kamu ingat kamu masih kecik ke? Nak duduk silang kaki depan TV, habiskan masa dengan fb, twitter, ig dan macam-macam lagi, bila lapar masuk dapur, MAKAN, bila nak beli apa-apa, MINTA je duit dari 'parents'?
Tolong ada perasaan MALU sikit, ok?
--------------
Ok. Sesiapa yang mahu sambung belajar.. TERUSKAN!!
Saya galakkan awak belajar. Belajar dapat banyak pahala. Bila dalam bilik kuliah, kamu berada dalam taman syurga! Kalaulah kamu nampak betapa banyaknya pahala. Kamu akan terus bersemangat untuk belajar.
No comments:
Post a Comment