Kadang-kadang
Allah nak uji kita..
Kadang-kadang
Kita lupa mana handphone kita
Kadang-kadang
Eh bukan.
Jarang-jarang berlaku
Handphone kita di"ambil" orang
Sengaja atau dengan sengaja
Jangan risau.
Dengan samsung, ada cara nak dapatkan balik handphone kita. Itupun dengan SYARAT. kita ada pernah mendaftar akaun Samsung.
Mula-mula buka laman web samsung. Boleh pakai handphone kawan. Atau di mana-mana komputer mahupun laptop.
Pilih Find my mobile...
Kemudian. Masukkan id dan password anda.
dengan find my mobile.. anda boleh buat banyak perkara...
Antarnya adalah;
1. Tahu di mana lokasi handphone anda.
- canggih kan? Hanya beberapa saat. Anda akan dapat tahu di mana kedudukan sebenar handphone anda sekarang! Jangan-jangan bawah katil anda tak??
2. Tahu call log untuk handphone anda selama seminggu
- jadi kalau sesiapa yang "ambil" handphone anda buat panggilan ke mana-mana. Anda boleh tahu! Mungkin anda boleh call nombor tersebut dan buat siasatan! Oh. Macam penyiasat persendirian kan?
**yang ni tak ada gambar sebab call log saya rahsia
3. Anda boleh lock handphone anda!
-anda letak je 4 nombor di find my mobile ni... dan secara automatik. Handphone anda akan terkunci. Dan kunci tersebut hanya anda saja yang tahu kerana hanya boleh dibuka dengan 4 nombor yang anda masukkan tadi. Menarik bukan?
4. Anda boleh unlock handphone anda!
- anda boleh juga unlock handphone anda dari jauh. Dengan menggunakan function dalam find my mobile ni, secara automatik handphone anda akan di"reset" lock setting nya...
5. Padam semua data
- sebagai langkah keselamatan.. anda juga boleh memadam semua data dalam telefon anda. Dalam erti kata lain, anda kembalikan handphone anda kepada asal iaitu kepada factory mood. Memang macam baru lah handphone anda.. Semua dah dipadam!
6. Anda boleh bunyikan handphone anda.
- memang handphone anda akan berbunyi walaupun dalam nada senyap. cuba periksa, entah-entah bawah bantal awak tak??
itu je. Moga ia membantu. bai
UPDATE
ini cara-cara nak cari balik telefon bimbit / handphone pakai komputer atau laptop
1. pergi ke website find my mobile.
boleh klik > sini
atau kat bawah window tu ada start button. Sila klik Start tu..
Bila klik tu, dia akan bawa korang ke page seperti di bawah ni..
2. Lepas tu, korang Klik sign in Kat atas belah kanan tu... Masukkan emel dan password samsung akaun.
3. Akan keluar registered device korang. Saya punya adalah Galaxy Note II
ini adalah toolbar sebelah kiri website find my mobile..
Ada macam-macam function yang korang boleh explore (saya dah terangkan kat atas tu.. sama seperti di atas functions dia..)
4. Untuk cari di mana handphone yang hilang tu berada.. korang klik di sebelah kiri tu.. Locate my device..
Akan keluar window seperti di bawah:
Tekan locate my device.
Contoh seperti dalam gambar: handphone saya sekarang berada seperti di dalam maps tu. Jadi korang akan tahu mana handphone korang sekarang berada.
5. Kalau orang dah curi dan dah setting lock screen lain. korang boleh unlock screen pakai function dalam find my mobile ni.
seperti dalam gambar di bawah:
6. Kalau korang tak jumpa juga hand phone korang, boleh lock screen.
Nasihat saya: lock tahap yang paling susah. biar pencuri tu tak boleh buka lock screen handphone korang.
7. ada juga tips dan korang boleh baca di get started:
Ada dua pilihan
1. how to set the device
2. how to use the service
8. lain-lain, boleh:
1. enable emergency mode,
2. call logs and
3. ring devices. :)
posted from Bloggeroid
4 comments:
Assalamualaikum nak tnya lau id tu dgn paswod yg mna tu ?
Assalamualaikum nak tnya yg id tu dgn yg mna ya? Sbb smlm sya khlngn note 2 sya
Cm mana ni lau lpa akaun yg ddftrkan dgn smsg
terima kasih info berguna.... sedang mencuba klo ade rezki dpt lh blk fon ni... hurmmmmm
Post a Comment