~ Klik Sini ! Klik Sini ! ~

Friday, July 25, 2014

~ Bersangka baiklah ~

Pesan ini untuk diri saya,
boleh juga kalau ia untuk awak yang membacanya..





Awak..
Hati awak kadang bercelaru
Fikiran awak kadang tak menentu
Yalah
Banyak perkara yang berlaku
Awak rasa awak tak mampu


Awak...
Awak kan hamba
Semua awak ada
Bukan awak yang punya
Ia pinjaman semata
Dari Allah yang Maha Berkuasa
Ia boleh diambil semula


Awak..
Ujian itu dari Dia
Dia rindu pada hambaNya
Itu "tarbiyah"
Kembalilah pada Sang Pencipta



------------------------



Awak,
Macam mana nak pulihkan hati?
Bersangka baiklah!

"Aku seperti Sangkaan hamba Ku"
Bila ada ujian yang berlaku
Katakan dalam hatimu
Ada benda yang baik akan berlaku
Allah nak bagi benda yang lebih baik


----

6 Panduan telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka:


1- Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.


2- Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita.


3- Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan kita.


4- Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.


5- Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan.  Orang bertaubat akan terhapus semua dosanya..



6- Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT.  Kita pula begitu banyak dosa.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...