~ Klik Sini ! Klik Sini ! ~

Tuesday, January 7, 2014

~ Masjid ~

Safiah!

Jadilah kaki masjid
Ada banyak ganjaran
Yang Allah sediakan

Safiah!

Pahat dalam hati
Dengar azan cuba solat di masjid
Kalau tu pun susah
Paling tidak
Solatlah di awal waktu

Safiah!

Kalau tak jaga Allah
Jangan harap Allah nak jaga kamu

-----------------------------------------------------------


Safiah nak kongsi sesuatu. Moga bermanfaat.

Selalu kalau kita masuk dalam masjid, kita akan terus niat iktikaf. Kemudian, kita akan solat tahiyyatul masjid. Walau ada ceramah agama sedang berlangsung kita memang digalakkan untuk solat sunat tahiyyatul masjid. Bukannya duduk dan dengar ceramah.

Sebenarnya itu bukan yang Safiah nak kongsi. Dibawah adalah niat hati

Kalau kita masuk masjid dan kebetulan azan baru habis. Apa kita patut buat. Solat tahiyyatul masjid dulu atau solat Qabliyyah?

Safiah jahil dulu. Safiah akan solat dua. Mula-mula solat tahiyyatul masjid dan seterusnya solat sunat qabliyyah.

Sebenarnya kita hanya perlu solat sunat Qabliyyah sahaja!! Tidak perlu kita solat tahiyyatul masjid. Sebab apa? Dengan solat sunat qabliyyah kita secara tak langsung dah solat tahiyyatul masjid.

Alhamdulillah.

Safiah tidak lagi jahil. Safiah dah tahu. Moga bermanfaat.

**Saya minta maaf kat awak dan awak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...