~ Klik Sini ! Klik Sini ! ~

Tuesday, April 16, 2013

~ Karma Cafe ~

Jemput datang ke Karma Cafe...

Buat baik dibalas baik.. Buat jahat dibalas balik...
Jom jadi baik!

USAHA tanpa LELAH.. Allah Maha Mengetahui.. Jangan pernah letih untuk menjadi baik.. Allah balas dengan cara yang kita tak sedari.. Kesihatan.. Kemudahan.. Jiran yang baik.. Tempat tinggal yang baik.. kenderaan yang baik..

Jaga hubungan silaturrahim akan dimurahkan rezeki.. Lalu titian sirat dengan mudah kalau jaga silaturrahim.. Hubungan yang putus, sambungkanlah.. Kenapa nak terasa hati, kita terasa hati tu sebab Hal Allah ke? Atau Ego kita?

Jauhi dari jadi insan yg bila kamu tiada, orang suka.. Bila kamu ada, orang benci.. Jadilah orang WAJIB.. iaitu bila kamu ada, orang suka. Bila kamu tiada, orang rindu, tercari-cari..

Jangan jadi orang yang bila orang jumpa kamu, dia jadi sedih, down, marah... Jadilah orang baik.. selepas jumpa kamu dia lebih gembira..

P/S: saya tak ada masalah.. Saya ada cabaran hidup..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...