Hari khamis, 8 November 2012 saya pergi ambil darah di Klinik Kesihatan Bukit Payong, Marang. Sakit tau! Encik Misi tu tak pandai ambil darah kot.
Mula-mula Encik Misi tu cucuk di sebelah kiri.. Lepas tu dah ambil sikit tak cukup dia kata, nak ambil sebelah kanan pulak. Tapi dia tepuk-tepuk tangan kanan tak jumpa urat nak cucuk. Last-last, Encik Misi cucuk lagi sekali kat tempat lain kat tangan kiri lagi.. Sakit jugak!
Sehari lepas tu, terus lebam! Hari ni pun lebam lagi! Rasanya seminggu lebih jugak lah lebam ni. Haish!
Akhir bulan ni nak kena ambil darah lagi. Harap bukan Encik Misi, harapnya Cik atau Puan Misi supaya tak lebam lagi tangan saya..
++ You have to listen to "Sudah Cukup Sudah" Song
No comments:
Post a Comment