Entri lepas, saya ada post entri pasal lawatan akademik ke Perpustakaan UMT. Tapi tak sempat nak tulis panjang-panjang dan letak gambar banyak-banyak.
Jadi, entri ni banyak gambar.
Ceritanya macam ni....
Mula-mula kami sampai di perpustakaan UMT, kami diberi taklimat di bilik mesyuarat perpustakaan. Ada seorang pegawai lelaki yang kachak dan kelakar ceritakan pada kami sejarah UMT, sejarah perpustakaan, program-program yang ditawarkan di UMT dan hal-hal yang berkaitan dengan subjek Information Skills (IMD101).
Dalam bilik mesyuarat, tekun mendengar taklimat.
Selepas selesai sesi taklimat, kami dibawa berjalan-jalan di sekitar perpustakaan. Besar sungguh perpustakaan UMT. Ada banyak kemudahan yang disediakan dan diperlukan oleh pelajar.
Pegawai yang kachak dan kelakar
Lepas tu berjalan lagi nak tengok kuda laut yang besar dan telah diawet berusia lebih 50 tahun yang digembar-gemburkan oleh pegawai UMT. Tapi hampeh! Ditipu hidup-hidup. Kuda laut tu maskot rupanya. Ish. Geram!
Bersama anak murid di dalam bilik arkib. Ada barang antik di sini.
Madam Safiah dan Ex-Permaisuri
Ada budak tu tertidur atas sofa. Best sangat sofa tu..
Sila cari dimanakah pensyarah di kalangan pelajar-pelajar di atas?
Sekian sahaja lawatan akademik di perpustakaan UMT. Kami nak balik dah.. :)
Perasan tak saya sorang je tak Peace! Bencikk
Akhir sekali, Group Photo. Baik betul staf dekat UMT ni.. Dialah staf, dialah pegawai yang menerangkan perkara dalam UMT ni, dialah yang menjadi tourist guide siap pusing-pusing ngan kami dalam bas tunjukkan itu ini termasuk jalan biawak dan siap bagi softcopy gambar pada kami.
Kami sangat terharu. Kami sangat berterima kasih pada staf-staf di UMT.
Bersama staf UMT
.Kami.
3 comments:
slm..nk tnya..awk mohon bahagian mane yer nk buat lawatan ke perpustakaan umt..sbb sy igt nk bwk student sy jgk ke sn..
Waalaikummussalam
Mohon terus pada perpustakaan umt. Call dan hantar surat pada mereka. Umt bagus layanannya.
Oyeke. Mengajar di mana?
assalamualaikum...ade x contoh surat rasmi untuk bt lawatan sambil belajar ke universiti?
Post a Comment