Masa tengah tengok-tengok gambar bersama pelajar, terdetik di minda dan hati saya. Alangkah untungnya mereka. Jadi nukilan di bawah saya tujukan untuk semua pelajar saya, anak-anak saya.
Anak
kamu sangat bertuah
kami sayang kamu
selalu ada kamu di fikiran kami
dahulukan kehendak kamu dari kehendak kami
Anak
kamu sangat bertuah
kami tidak punya
apa yang kamu punya sekarang
pendidik yang baik dan sporting
Anak
kamu sangat bertuah
hargailah pendidikmu
ibu bapa keduamu
Anak
kami tidak mahu yang lain
cukuplah senyummu, KEJAYAANmu
sebagai balasannya
Saya tak pandai nak marah pelajar, walaupun sebenarnya saya seorang yang garang kalau dengan adik-adik saya. Bersama pelajar, saya tak pandai nak marah-marah. Pernah sekali, saya marah pelajar saya, tapi saya tak luahkan. Mata saya berair. Eh, baru saya sedar macam tu rupanya saya.
Saya banyak mengutamakan pelajar, kehendak pelajar. Mungkin sebab itulah bila pelajar buat salah, saya mudah terasa.
No comments:
Post a Comment