~ Klik Sini ! Klik Sini ! ~

Tuesday, June 12, 2012

~ Cara mudah bersihkan ayam ~





Ramai yang menggemari ayam. Ada yang suka ayam goreng, sup ayam, tom yam ayam, ayam kicap, ayam bakar, ayam bbq, ayam halia dan macam-macam lagi.


Kadang-kadang bila di dapur kita perlukan cara yang lebih mudah untuk mempercepatkan proses masak memasak. Jadi kita perlukan cara atau langkah yang cepat supaya kita boleh cepat makan dan masa di dapur boleh disingkatkan.



Ada cara mudah untuk membersihkan ayam. Ia mungkin juga boleh dipanggil petua orang zaman dahulu atau petua orang tua di dapur.  Cara ini saya pelajari dari nenek saya. Semoga perkongsian ilmu ini dapat membantu semua. :)



Petua untuk membersihkan ayam

Potong ayam

Masukkan ke dalam besen

Masukkan sedikit tepung gandum

Rendam ayam selama seminit

Buang lemak dan kulit ayam

(Ayam akan senang dibersihkan. Lemak dan kulit akan senang dibuang kerana kita telah merendam ayam tersebut dengan gandum)











1 comment:

Unknown said...

sy selalu gunq tepung juga..memang bersih dan tak berbau :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...