Sejak aku duk rumah goyang kaki, tengok dinding, tengok monitor, dan macam-macam lagi aku dah tengok kat rumah ni aku bosan gila. Jadi aku ringan-ringankan tulang aku mencuba pelbagai resepi untuk hilangkan kebosanan aku tu.
Ni Ketupat Sotong dalam proses, sotong ni sangat segar.
Yang aku buat ketupat sotong ni sotong jarum, sotong yang kecik comel jer.
Aku nak kongsi resepi ketupat sotong versi KELANTANESE. Kalau orang terengganu ketupat sotong warna putih dan letak halba. Ketupat sotong orang kelantan letak gula melaka jer. Sedap tak terkata.
Resipi ketupat sotong
Bahan-bahan
Sotong
Beras Pulut
Santan
Garam
Gula Melaka (Nisan)
Daun Pandan
Gula
Lidi / Pencungkil gigi yang bersin pun boleh
Cara-Cara
1. Rendam selama sejam beras pulut dengan air
2. Masukkan beras pulut 3/4 kedalam sotong, kemudian masukkan kepala sotong kat atas sekali dan cucuk lidi dan pastikan tak tercabut.
3. Masukkan santan hingga tenggelam sotong, jangan banyak sangat nanti jadi pengat pulak.
4. Masukkan juga lebihan beras pulut kedalam periuk.
6. Terus masukkan gula melaka, gula, pandan dan garam sedikit.
7. Kacau-kacau berterusan jangan berhenti. Lepas tu cuba trai test rasa dia, kalau suka manis tambahlah gula melaka banyak sikit.
No comments:
Post a Comment