~ Klik Sini ! Klik Sini ! ~

Sunday, April 1, 2012

~ Jom Heboh Kuala Terengganu, Terengganu ~

Lambat sikit apdet entri pasal Jom Heboh.  Ni kali kedua aku pergi Jom Heboh, kali pertama dekat Bukit Jalil dengan Cik Wani Perak aka Yong. Kali ni, pergi dengan adik-adik, Angah dan Acik.

Jom Heboh kali ni di Kuala Terengganu, Terengganu. Aku sekarang tinggal tak berapa jauh dengan Kuala Terengganu. Jadi, aku boleh lah teman adik aku yang nak sangat pergi Jom Heboh yang TV3 anjurkan tu. Diaorang buat Jom Heboh ni dekat Kompleks Sukan Kuala Terengganu, senang cerita dekat Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Memang strategik la diaorang buat kat sini, sini dekat dengan Lapangan Terbang Kuala Terengganu tu. Jadi, turun kapal terbang terus boleh datang sini dalam sepuluh minit je.


Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin




Aku pelik tengok orang ramai duk berkumpul kat tengah-tengah ni. Ohh. Rupanya ada orang sedang menconteng dinding, ini adalah seni. Jarang ada di Terengganu ni.



Conteng dinding


Kat booth mana tah, Angah nak ambil gambar artis ni. Dia tanya, Johan kan tu? Aku jawab; bukan lah..






Dah siap dia ambil gambar, dia cakap; Betullah Johan! yang berlakon jadi Botak tu. Aku diam je. (Tak tahu nak jawab apa. Nama artis ni bukan nak hafal sangat)



Di khemah MyTV3, nampak Aidid Marcello. Haa, yang ni aku kenal sebab sebelum dia kawen aku minat dia.





Dah jalan-jalan lagi dan lagi. Jumpa badut.


Peace


Asyik peace je.



Jalan lagi dan lagi, terjumpa la Aidid lagi. Sebab kakak minat. Suruh jugak Adik-adik pergi bergambar. Kakak jadi 'perempuan kamera' je okey la kan. 

Aidid Marcello



Ambik gambar muka sendiri la pulak kan. Biarlah kabur pun, nak aplod jugak. 





Sebelum balik tu, ada persembahan oleh Tomok ngan Dadali kat booth Hotlink.
Tapi kecewa sebab Dadali tak nyanyi Di Saat Aku Mencintai Mu


1 comment:

❖ Syaa ❖ said...

Meriahnyeee jom heboh kat ganu nie , huhu kat kelantan takde pon jom heboh .
Moga dapat anak yang comel comel :) hehehe amin....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...