~ Klik Sini ! Klik Sini ! ~

Thursday, October 27, 2011

~ Apa yang anda perlu tahu tentang FPTP? ~


Apa yang anda perlu tahu tentang FPTP?

Sebenarnya, tiada lagi Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat.  FPTP telah diambil alih oleh Fakulti Pengurusan Perniagaan.  Namanya yang telah dikenali ramai telah terkubur kerana telah digantikan dengan nama Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP).  


Ramai yang tidak menyukai, sedih namun, ada juga yang gembira dan menanti 'perkahwinan' dua fakulti ini.  Pelajar sedih kerana mereka tidak lagi di bawah naugan FPTP. Walaupun kecil, mereka bersatu padu dan mengenali satu sama lain.  Namun, yang lebih sedih adalah pensyarah-pensyarah FPTP yang bertungkus lumus menaikkan nama FPTP dan bersama-sama menaikkan nama fakulti ini.  Bermula hanya satu program dan kini telah mempunyai satu program diploma, empat program Sarjana Muda dan satu program Sarjana serta Ijazah kedoktoran, sudah tentu ramai yang bersedih.  Walau bagaimanapun, arahan pihak atasan diturutkan juga.


Apakah perubahan yang berlaku selepas 'perkahwinan' ini?

  • Dekan FPTP tidak lagi menjadi dekan.  Dekan adalah dekan FPP. Prof. Dr Noormala Dato' Amir Ishak
Ini dekan baru, aku dah jumpa dia..Baik, cantik, peramah.. :)

  • FPTP dikenali sebagai Center of Applied Management, Faculty of Business Management atau Pusat Pengurusan Gunaan (PPG), Fakulti Pengurusan Perniagaan
  • Kod program berubah 
    • OM114 kepada BM 118
    • OM221 kepada BM232
    • OM222 kepada BM234
    • OM223 kepada BM235
    • OM224 kepada BM236
    • OM771 kepada BM775
    • OM990 kepada BM992
  • Struktur pentadbiran juga telah berubah, kini dengan dinaungi oleh Dekan, PPG mempunyai Ketua Pusat Pengurusan (KPP) iaitu Dr. Ernee
  • Kemudian Dr. Kadir menguruskan program BM235 dan BM234
  • En. Mazlan menguruskan program BM232 dan BM236


++ Penat aku cakap formal.
++ Sedih bila tak sempat grad bawah FPTP, aku rasa macam tetiba tukar kos tukar fakulti pulak.. Tapi tak apa, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..


1 comment:

MiSs TOrA said...

tak blh la wat cni..sian om huhu..apakan daya kn mgt nk cni kan..pe2pn caiyok2 utk fia hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...