Followers

~ Klik Sini ! Klik Sini ! ~

Monday, September 12, 2011

~ Pertunangan ~

Maksud bertunang




Menurut bahasa, pertunangan ialah berkehendak kepada perkahwinan, bertunang seseorang lelaki dengan seseorang perempuan ; melahirkan hasrat untuk berkahwin[1].


Dalam kamus dewan, bertunang ialah mengikat janji untuk menjadi suami isteri (berkahwin)[2].


Menurut istilah, pertunangan menurut malikiah, menuntut untuk berkahwin dengan perempuan dan menurut syafi’iyah pertunangan membawa maksud menuntut penunang (pihak lelaki) untuk berkawhin dalam ikatan pertunangan[3].


Dr. Muhammad Uqlah menakrifkan pertunangan ialah berkehendak pihak lelaki untuk menyatakan keinginannya untuk berkahwin dengan perempuan yang tertentu jauh daripada larangan-larangan syariat[4].


Manakala, Dr. Wahbah zuhaili mendefinisikan, pertunangan merupakan menyatakan keinginan untuk berkahwin dengan perempuan tertentu, dan mengetahui perempuan itu atau walinya mengenai pertunanagn tersebut[5].


Secara kesimpulannya, pertunangan merupakan perjanjian untuk berkahwin daripada pihak lelaki dengan menyatakan keinginannya untuk berkahwinan dengan perempuan tertentu dengan pengetahuan perempuan tersebut dan juga walinya.

sumber: sini



11 September 2011

Semalam kawan aku bertunang, sangat cantik dan sangat meriah.. Bertemakan merah jambu.. Hatiku terus terpikat~

Ohh Tunang

Dulang hantaran


Cincin pertunangan lelaki dan perempuan


Cincin pertunangan di jari manis

 Bakal pengantin








++ Korang nanti tunang @ kawen nak kaler apa?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...