Lama betul tak jumpa kawan baik (Sek. Men.) aku yang sorang ni.. Lama sangat! Sampai aku lupa dah berapa lama tak jumpa...
Paling geram bila rumah dia dekat je dengan rumah kawan aku yang aku selalu pergi lepak.. Weh.. Nampak sangat aku terlalu sibuk (sibuk ke?) Sampai tak mesej tanya khabar kawan.. Huk..
Tapi, memang BEST jumpa kawan lama... Kisah gembira dan paling sedih bila.. Kisah sedih derita putus cinta pun keluar balik sebab dia kenal bekas aku tu..
Perkenalkan Siti Farhanah Nawawi aka Anna...
Seronok betul jalan-jalan sambil membeli belah.. Kita orang pergi Jalan TAR.. Pergi memang tak rancang, pagi masa sahur kot Cik Na ajak kuar jenjalan.. Aku apa lagi, terus pergi.. Bangun pagi tu terus bersiap.. Sampai Cik Na kata..
" Eh.. Nak gi mane mu eyh.. Awal ag nih.. " (cakap teganu sebab dia orang teganu)
" Dop ah, aku saje je siap awal.. Dop ahu nop wat nape.. "
Heee.. (:
Padahal memang tak sabar nak kuar jenjalan..
kat stesen LRT Universiti
Oh, abaikan mulut pelik tu...
Dari Masjid Jamek @ Jalan TAR, kitaorang masuk SOGO kejap.. Okeyh.. Ramai gila orang!
SALES gila-gila punya... Sebab ramai sangat orang, aku pening tengok orang ramai-ramai nih.. Terus ajak Cik Na keluar..
Pastu pergi Maju Junction Mall.. Sebelah bangunan MARA yang baru nak siap.. Tahu tak, aku baru tahu dekat-dekat situ ada Mall nama Maju Junction.. Sila Gelakkan Aku.. ^0^
Cik Na @ Maju Junction Mall
Lepas tu, boleh pulak aku ajak lagi Cik Na pergi Masjed Jamek tu, aku beli barang lagi..
Banyak tau aku beli, kain sembahyang @ telekong dua pasang; murah sangat RM40 jer, dah la sulam-sulam dia cantik dan tebal dan warna-warna.. Kerongsang raya untuk adik-adik, kakak, umi... Butang baju melayu untuk adik-adik lelaki, Jubah untuk adik aku yang nak pergi event tema arabic, jubah ni pun murah RM90 je, dah la banyak manik, cantik pulak tu.. Tempat sangkut tudung, yang bulat-bulat tu untuk umi aku.. Tak lupa untuk incik KA butang baju melayu...
Cik Na kesibukan
Jalan TAR memang best gila shopping, tapi nasihat aku
Korang pergi lah dengan LRT. Jalan sangat jem dan sesak. Tak ada parking.
Paling selamat pergi lepas buka puasa sebab kalau penat jalan boleh minum air.. Pergi siang panas sangat dan tak boleh minum air..
Jalan TAR memang tumpuan ramai
Jangan bawa anak-anak kecil jugak! Nanti hilang.. Susah...
Terima kasih Cik Na!!
Lebiu
++ Tak sabar nak raya
No comments:
Post a Comment