~ Klik Sini ! Klik Sini ! ~

Thursday, April 7, 2011

~ kuih tradisional di pasar malam puncak alam selangor ~


hari ni nak cerita pasal makanan, kali ni pasal kuih-kuih tradisional.. Lama betul kan, tak makan kuih-kuih tradisional yang dibuat sendiri oleh nenek-nenek kita?


Kalau yang merantau di negeri orang macam fia ni, kena la beli je kalau teringin makan makanan lama dan tradisi nenek moyang kita ni..


dekat puncak alam selangor saja boleh dapat kuih-kuih tradisional ni.. setakat yang fia tahu, pasar malam shah alam 2, puncak alam saja yang jual kuih-kuih turun temurun ni... Ada banyak kuih-kuih yang fia sendiri pun tak pernah tengok...


kat pasar malam ni ada jual kuih


  • nagasari
  • kemboja asli
  • lepat labu
  • lepat pisang
  • lepat ubi
  • pulut udang
  • tepung torak
  • tepung bungkus
  • apam tepung beras
  • abuk-abuk sagu
  • keria keledek
  • koci pulut hitam
  • dan macam-macam kuih lagi..










"akak nak ambil gambar lah, nak masuk dalam blog.."

"ambil la dik, cakap kat sini je ada jual kuih-kuih tradisional ni.., tiap-tiap minggu kami jual kuih kat sini"

"oh, rajin ye akak wat kuih pelbagai jenis?"

"bukan akak dik, ni makcik-mak cik kat tanjung karang yang buat ni.. "




nampak tak, mak cik - mak cik yang buat kuih ni, patut pun sedap!!
fia makan pun memang sedap.. kawan-kawan pun cakap sedap..!



cik fia: tetiba rindu umi, ummi fia pandai wat kuih.. selalu jugak wat kuih tradisi ni.. ummi, nik balik nanti nak makan macam-macam... 

rindu!


posted from Bloggeroid

1 comment:

deqlis said...

wah!! best nyer ada jual yg sedap2x niee... biasanya klu kat pasar malam area KL ni susah nk jumpa kuih muih sedap...klu ada pun keras kematu..baik wat sendirik jer... klu yg tak tau pun leh jadik tau buat...haha..

klu kuih sedap2x byk jual kat perlis dan kedah...pagi2x penuh org menjual pelbagai jenis kuih...

alangkah bagus klu ada jual kuih sedap2x kat bukit jalil nie...haha..bukan apa leh beli macam2 jenis sekali gus..hehe..

thank for d info..klu sampai sana leh laa akak carik...

salam kenai ya..:-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...