~ Klik Sini ! Klik Sini ! ~

Friday, April 29, 2011

~ adab sopan di rumah sewa ~

tengok pada tajuk entri macam ayu sangat jer.. mungkin boleh tukar kepada peraturan di rumah sewa? tapi macam terlalu keras dan kejam.. 


apa-apa pun, kali ni fia nak kongsi apa yang perlu kita lakukan bila kita menyewa di rumah sewa.  tak kisah lah menyewa sebab kita tengah belajar di mana-mana universiti atau menyewa disebabkan bekerja jauh di perantauan.


berdasarkan pengalaman fia.. ada banyak perkara yang perlu kita buat dan tak perlu kita buat bila kita menyewa dengan teman rumah yang baru kita kenal atau dah lama kenal


adab-adab / cara-cara / peraturan di rumah sewa



  • ramah tamah *biarpun kita tak la peramah. 
    • berkenal-kenalan dengan semua teman rumah kita.. sekurang-kurangnya tahu la nama, nak panggil ape, umur, kerja ape, asal mana dan yang sama waktu dengannya
  • tidak kedekut *bukan boros tau
    • bila korang ada masak apa-apa.. pelawa la kawan rumah tu.. ajak-ajak ayam.. bila korang makan jajan sambil tengok tv tu, bagi la dia rasa sikit makanan korang tu.. tak kan habis dia makan.. sebab kan tak baik makan depan orang, tapi tak kongsi

  • Jangan pelahap
    • kalau kawan rumah dah pelawa makan tu, agak-agak la korang.. jangan makan sampai habis lak makanan dia tu.. korang rasa dah la.. kang meleleh kuar air liur korang.. 

  • Kebersihan
    • ini bab penting tau.. kebersihan rumah kena la jaga. tambah-tambah lagi kalau korang perempuan, nampak sangat la korang ni pemalas kalau katil bersepah, bilik terabur.. Tandas paling penting, orang cakap kalau tandas kotor maknanya korang memang pemalas dan pengotor.. Yekkk...

  • Dapur
    • kalau korang ni jenis rajin masak memang bagus la kan.. tapi, kena la rajin jugak basuh pinggan mangkuk kuali periuk yang korang guna tu.. Lap la sikit dapur tu lepas guna.. buang sampah kalau dah penuh tong sampah 
  • Depan Rumah
    • Kasut-kasut atau selipar jepun tu, biar la bersusun. nampak cantik dipandang.. Kalau ada sampah buat-buat rajin sapu sampah.. mana tahu, jiran korang ada anak lelaki / anak perempuan.. market sikit.. (:

  • Bantu membantu
    • Kalau nampak kawan rumah perlukan pertolongan, cepat-cepat la bantu.. kita tak tahu bila pulak kita perlukan bantuan dari mereka.. 

  • busy body
    • kadang-kadang kena busy body, tapi jangan over ok!  hormat sikit privacy orang lain.. nak tahu hal orang pun ada hadnya.. 




senang cakap tips paling berguna semasa anda menyewa di rumah sewa.. 

anggaplah rumah itu rumah anda


jadi dengan secara automatik korang akan sayang rumah tu.. korang rasa tak senang duduk kalau tandas tak cuci, dapur kotor, bilik tak kemas, lantai tak sapu...


so, secara percuma anda dapat pahala yang berlipat ganda dengan mengemas rumah..


akhir kata, 
RUMAHKU SYURGAKU






1 comment:

panggil aku sheh said...

hahahhahaa (kelaka la cadangan tajuk title entry ini)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...