~ Klik Sini ! Klik Sini ! ~

Friday, March 4, 2011

~ Pelajar UiTM meninggal ~

kesiannya... pelajar ni meninggal masa dia balik dari beli barang...
sedih betul
ni berita dari kosmo online



Pelajar maut lepas beli-belah
KANGAR - Mayat seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Arau ditemui selepas kira-kira lapan jam motosikal yang ditunggangnya terbabas di Jalan Kodiang-Arau di sini semalam.

Umi Kalsom Abdul Majid, 24, pelajar tahun tiga Jurusan Sains Komputer itu dipercayai terlibat dalam kemalangan di laluan yang sedang dalam pembinaan berhampiran Jelempok, Arau kira-kira pukul 11 malam.
Bagaimanapun, mayatnya hanya ditemui oleh orang ramai dalam keadaan terlentang pada pukul 7.30 pagi semalam.
Menurut Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Deputi Supritendan Ibrahim Idris, pada malam kejadian, mangsa keluar membeli-belah bersama rakan-rakannya di Jitra, Kedah.
"Mangsa kemudian telah pulang lebih awal ke rumah sewanya di Arau dengan menunggang motosikal seorang diri kira-kira pukul 10.30 malam.
"Apabila rakan-rakannya sampai di rumah tersebut, mereka mendapati Umi Kalsom tiada di situ. Selepas gagal menemuinya mereka kemudian membuat laporan polis," katanya di sini semalam.



cikfia: fia pun naik motor je, pergi uitm p.alam, pergi kedai, pergi econsave.. pernah pergi TM Klang ( tu paling jauh, sorang2, setengah jam jugak ), pernah pergi Shah Alam ( berdua dengan cikyong masa degree dulu )

harap tade ape2 yang berlaku masa fia rempit bawak motor tu.. aminn....

1 comment:

m.a.r.i.n.a.r.i.z.u.a.n. said...

sedih nyer, mesti masa exsiden tu org x nmpk kan.. marina dul pn p kerja naik moto, lame 4 bulan jugak la.. nasib baik x de ape2 kan.. takut nyer!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...