Kisahnya macam ni, hari ahad dua hari lepas kami pergi The Mines. Hajat di hati nak tengok Hikayat Merong Mahawangsa. Tapi, petang dah penuh.. Kami tunggu untuk tayangan belah malam...
Sementara tunggu tu, Budak tu nak pegi sini.. Tempat main permainan game, macam2 game ada..
Dah lama kot budak tu perhatikan sotong ni.. Budak tu nak jugak dapatkan sotong ni.. Walaupun budak ni tak bagi kebenaran.. ( Sebab Fia rasa macam membazir je.. )
Tapi kesian budak tu, nasib budak ni kesian kat budak tu... Bagi kebenaran.. dan.. Siap ikut dia main.. hee.. ^_^
Game ni macam ni tau.. Mula2, masukkan token. Kemudian, tekan satu button untuk gerakkan 'cangkul', cangkul akan kaut gula-gula kat bawah tu ( belah kanan ).
Pastu, tekan button no 2 untuk lepaskan gula-gula tu kat atas ( yang macam tangga tu ) then tangga tu bergerak ( depan belakang depan belakang ) tolak gula-gula. gula-gula tu akan jatuh ke bawah. Sambil tu jugak gula-gula tu tolak tali yang akan jatuhkan sotong tu..
Selepas percubaan demi percubaan.. Akhirnya sotong kuning tu milik kami..
Yes2!!
Kami cuba teka2, berapa gula-gula yang kami dapat.. heee.. cuba teka berapa?? Tapi, baik kita kira kan.. kePASTIan itu penting.. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...
1, 2, 3, ........
then, budak ni cakap kat budak tu " jom kita g sevey sotong ni harga bape nak? " Kami masuk kedai Hadiah2, sebijik same sotong kuning ni.. Harga dia RM29.90...
cikfia : sweets tu sume sekali 340 biji, sposen dua biji kan?
jadi tangkapan kami RM17 + RM29.90
(^_^)
4 comments:
wow! syoknya :D
ececece.......
sho shweeeettt fia n KA!
comeyyy giler sotong tuuuuuu. jeles2
nak sotong tu. comel la :D
Lepas ni kita usha lagi apa ada kat sana.. Memang susah nak habiskan 340 biji.. Bila entah nak abis.. Tak luak2..
Post a Comment