~ Klik Sini ! Klik Sini ! ~

Tuesday, September 13, 2011

~ Kad Rabbit vs Touch n Go ~


Korang tahu apa tu kad rabbit?  Ramai yang tahu mungkin lagi ramai yang tak tahu.. Untuk lebih penjelasan boleh baca entri aku yang ini


ini gambar kad rabbit




Apa itu Kad Rabbit?

Kad Rabbit adalah satu medium atau sistem yang baru dalam perkhidmatan bas bagi menggantikan sistem tambang bas yang lama iaitu tiket.    

Bagaimana nak dapatkan Kad Rabbit?

Orang ramai yang ingin menaiki bas khususnya Rapid KL haruslah membeli Kad Rabbit dengan pemandu bas.

Berapakah harga Kad Rabbit?

Kad Rabbit boleh dibeli dengan harga minimum RM5 dan semaksimum yang anda mahu.  Kad Rabbit yang berharga RM5 mempunyai RM3 tambang dan RM2 adalah harga kad tersebut.

Cara-cara menggunakan Kad Rabbit

Anda haruslah menyentuh Kad Rabbit ke alat hitam (seperti gambar) semasa anda masuk ke dalam bas. Semasa anda ingin turun dari bas, anda juga haruslah menyentuh kad ke alat hitam  tersebut (seperti gambar)sekali lagi.  


Sebab tu tagline Kad Rabbit
Bit! sekali masuk
Bit! sekali keluar

Bagaimana Kad Rabbit berfungsi?

Semasa anda menyentuh kad tersebut semasa anda masuk tambang akan dicas semaksimum tambang perjalanan bas tersebut.  Kemudian, semasa anda keluar dan menyentuh alat hitam itu tambang sebenar akan dicas.

Macam mana kalau tak Bit masa keluar?

Kalau tak sentuh masa korang turun, korang rugi la.. Walau duaposen, kalau sekali tak apa.. Kalau berkali-kali korang tak sentuh.. Memang kaya la korang..!

Apakah kelebihan Kad Rabbit?

Ia boleh digunakan dimana-mana sahaja termasuk LRT, kedai makan, seven eleven kecuali di TOL jalan raya..

Apakah perbezaan antara Kad Rabbit dan Touch n Go?

Touch n Go boleh guna kat TOL jalan raya tapi Kad Rabbit TAK BOLEH..



++ Sebenarnya, aku nak cakap aku ada kad rabbit tapi tak ada kad touch n go.. Lagi bagus ada kad touch n go, boleh guna kat mana-mana saja.. huh!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...