Belakang ku ditikam
Bukan sekali tapi dua
Bukan seorang tapi duaorang
Belakang ku ditikam
Oleh orang yang ku sayang
Oleh orang yang ku puja
Oleh orang yang ku ajar
Oleh orang yang ku curah sayang
Belakang ku ditikam
Aku mampu untuk balas dendam
Aku mampu untuk balas tikaman
Namun
Itu bukan cara
Ku balas dengan beri bunga
Ku balas dengan beri cinta
Ku balas dengan beri rindu
Ku balas dengan beri sayang
Belakang ku ditikam
Namun tetap ku doakan
Moga mereka bahagia
Bukan setakat di dunia
Bahkan di syurga sana
Kau sentiasa dalam doa
Kau sentiasa dalam doa
Kau sentiasa dalam doa..
No comments:
Post a Comment