~ Klik Sini ! Klik Sini ! ~

Monday, October 18, 2010

Dua pelajar perempuan maut



SEBUAH motosikal dan kereta yang terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan dua pelajar di Kilometer 119, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kemasek kelmarin.


KEMAMAN – Dua pelajar yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan maut apabila terbabit dalam kemalangan di Kilometer 119, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat pekan Kemasek kelmarin.
Kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu berlaku apabila sebuah motosikal dinaiki mangsa, Nur Amalina Saimin dan rakan karibnya, Nur Ain Abdul Rahim yang kedua-duanya berusia 17 tahun dirempuh sebuah kereta jenis Proton Persona ketika berhenti di lampu isyarat.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Abdullah Sani Salat memberitahu, akibat rempuhan itu kedua-dua pelajar tersebut tercampak beberapa meter di atas jalan raya.
“Nur Amalina maut di tempat kejadian kerana kecederaan teruk di kepala dan badan manakala Nur Ain yang membonceng motosikal itu pula meninggal dunia di Hospital Kemaman,” katanya.
Beliau yang ditemui di pejabatnya dekat sini semalam memberitahu, pemandu kenderaan berusia 49 tahun dan dua penumpang di dalam kereta itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari rumah mereka melalui Perumahan Rantau Petronas menghala ke pusat beli-belah yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.
Menurut ibu Nur Ain, Aminah Ibrahim, 54, sebelum kejadian, anaknya meminta kebenaran untuk pergi ke rumah seorang lagi kawannya di Kampung Baru Kemasek kira-kira tiga kilometer dari rumah mereka bagi menziarah ibu rakannya yang akan mengerjakan haji
cikfia: kampung baru kemasek tu kampung fia.  mesti diaorang nak g Mesra Mall Kemasek..

5 comments:

panggil aku shEh said...

ouh. tatau pulak eksiden ni. innalillah..

Safiah Ibrahim said...

sedey je meninggal camtu.. mintak jauh.. nauzubillah..

iffa aziffa said...

arwah dari sekolah mner? badrul alam shah ker rantau petronas?

Safiah Ibrahim said...

em, ntah la.. tak ckp lak sekolah mane..

Safiah Ibrahim said...

dah tanya famili tadi.. sek men Badrul Alam Shah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...